in

TERKINI: Orang Yang Pulang Dari Luar Negara Perlu Bayar 50% Kos Kuarantin Bermula 1 Jun

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan, kos kuarantin untuk rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara tak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan lagi.


Klia Covid Tourist Mask Fmt 130320 13

Bermula 1 Jun 2020, orang tempatan yang pulang dari luar negara perlu menanggung 50% kos kuarantin yang wajib dijalani sebaik tiba di tanah air selama 14 hari.

Keputusan ini dibuat selepas kerajaan baru-baru ini mengatakan yang mereka hanya akan tanggung kos kuarantin bagi penduduk tempatan yang pulang dari luar negara sahaja, manakala pasangan yang bukan berasal dari sini atau orang yang mempunyai pas penduduk tetap perlu menanggung kos kuarantin 100%.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan kos kuarantin sebanyak maksimum RM150 sehari. Tapi sekarang, rakyat Malaysia yang baru pulang ke tanah air perlu menandatangani persetujuan membayar 50% kos kuarantin.

 

Baca: TERKINI: Tentera & Polis Akan Kawal Kawasan Perumahan Pada Hari Raya Pertama & Kedua

Rumah

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.