Pengumuman terbaru Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan membenarkan kedai serbaneka, runcit, restoran dan gerai makan, dan semua perniagaan menjual makanan beroperasi sehingga 12 dalam.
Katanya keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas menteri memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) esok, lapor FMT.
Namun harus ditegaskan penjarakkan sosial perlu diamalkan sentiasa dan juga kebersihan diri,”
Mengulas lanjut beliau berkata kawasan R&R juga dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Bukan itu sahaja, surau di pusat-pusat membeli belah dan R&R juga dibenarkan untuk dibuka namun tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.
“Mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau-surau perlulah mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial,”
Zoo juga dibenarkan dibuka bermula esok.