in

Terkejut! Pemuda Ini Tiba-tiba Datang Terus Mengaji Kuat-kuat, Rupanya Ada Tekanan Sebab Baru Putus Cinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak sedih bila putus cinta kan? Memang sedih gila sampai rasa makan tak kenyang ,mandi tak basah.


Itu lah yang dialami oleh sorang pemuda yang tidak berkasut ini yang tiba-tiba datang memasuki ruang nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum dia bertindak untuk berzikir dan juga mengaji kuat-kuat.

Menurut pihak JAWI, pemuda ini tiba-tiba masuk ke ruang nikah dan terus duduk di atas pelamin sambil berzikir serta mengaji kuat-kuat. Memang terkejut!

Ada sorang petugas JAWI sempat tanya nama dan tujuan dia datang situ, lelaki itu cakap yang dia datang situ untuk bernikah.

“Bila saya tanya mana pasangan, dia tunjuk isyarat tangan ‘tiada’.”

Bila tengok raut wajah lelaki itu, petugas itu dapat membaca riak wajah lelaki itu yang sedih dan faham yang maksudnya lelaki tersebut baru putus cinta dengan pasangannya sebelum ini.

Memang sedih weh! Dah ada impian nak kahwin sama-sama tapi last-last putus. Memang berkaca hati.

Petugas JAWI cuba untuk tenangkan pemuda itu dengan bacakan ayat ruqyah dan memujuk pemuda itu untuk berwuduk serta memberikan dia segelas air.

“Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku.”

Wakil JAWI berkongsi kisah tentang pemuda ini di Facebook pada awal April lalu dan mendapat lebih 2000 share dan hampir 400 komen yang kebanyakkannya memberi semangat kepada lelaki itu.

Netizen Beri Semangat

Di ruangan komen, korang boleh tengok banyak komen dari netizen yang berunsur positif dengan tujuan untuk bagi semangat kepada pemuda itu supaya teruskan kehidupannya dengan hati yang tabah.

Semoga lelaki itu redha dan kuat menghadapi dugaan ini. Tak apa, banyak lagi bunga di taman yang boleh dipetik.

Sumber: JAWI

Baca:“Terima kasih Ex” – Kecewa Putus Cinta, Gadis Nekad Buat Pembedahan Plastik & Hasilnya Sangat WOW

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.