in

“Terima kasih Ex” – Kecewa Putus Cinta, Gadis Nekad Buat Pembedahan Plastik & Hasilnya Sangat WOW

Vy9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar yang dimuatnaik oleh gadis Vietnam ini mencetuskan perbualan hangat di laman sesawang hingga beberapa portal media menulis mengenainya. Gambar perbandingan menunjukkan perbezaan wajahnya beberapa tahun dulu sebelum menjalani pembedahan plastik. Lain!


Sewaktu berusia 19 tahun, Nguyen Tuong Vy, nekad melakukan pembedahan plastik kerana kecewa selepas putuskan hubungan dengan kekasih yang sangat disayanginya.

 

Si BF cakap lain tapi buat lain

Difahamkan, Vy bercinta dengan lelaki kacak semasa di bangku sekolah dan mereka saling sayang menyayangi. Kata teman lelakinya, dia menyayangi Vy kerana sifatnya bukan rupanya. Walaupun lelaki itu berkata demikian tapi Vy tidak pernah sekali pun diperkenalkan kepada rakannya yang lain.

Pertama dan terakhir kali Vy berjumpa dengan rakan teman lelakinya adalah semasa dia membawa Vy pergi ke sambutan hari jadi salah seorang rakan. Menceritakan kembali waktu itu, Vy masih ingat tetamu lain yang berada di sambutan itu memandang-mandang ke arahnya dan mengata tentang wajahnya.

Laki tu kacak tapi kenapa dia pilih ‘girlfriend’ hodoh?”

Begitulah perbualan rata-rata mereka yang berada di situ.

Giphy

Keyakinan dirinya terus jatuh hingga Vy merasakan dia tak layak untuk lelaki itu lalu meminta untuk putus. Menambah kesedihan apabila lelaki tersebut terus bersetuju. Tak cukup dengan itu, beberapa ketika selepas putus, dia ternampak lelaki tu date dengan perempuan cantik.

Setelah ini lah dia nekad untuk mengubah wajahnya yang dianggap ‘hodoh’ itu.

 

Syukur ibu supportive, siap biaya kos rawatan

Kemudian, Vy meluahkan perasaan dan masalah yang dipendam kepada ibunya dan menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan plastik di wajah. Ibunya ternyata sangat supportive!

Menurut Harian Metro, bukan sahaja memberi dorongan kepada Vy, bahkan dia juga menawarkan untuk membiayai perbelanjaan pembedahan tersebut dan dia sendiri akan menghantarnya ke klinik.

Vy melakukan beberapa prosedur pembedahan termasuk pembentukan semula hidung, pipi, filler bibir, dan dagu. Hasilnya sangat WOW!

Vy4

 

“Terima kasih ex.”

Pada awalnya, Vy menyalahkan bekas kekasih atas kejadian sebelum ini. Namun kini dia yang sudah mencapai usia 21 tahun dan semakin matang, Vy berterima kasih kepadanya.

“Sudah empat tahun saya tidak bertemu dengan bekas teman lelaki tetapi dia masih mengikuti saya di laman sosial.”

“Saya pernah menyalahkannya sebelum ini atas apa yang berlaku tetapi kini sedar akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.”

“Dia beri motivasi untuk saya berubah dan memperbaiki diri.”

Ramai terpegun dengan kejelitaanya sekarang dan memuji motivasinya yang ingin mengubah hidup diri sendiri.

Jadi, kalau nak cantik korang kena putus dulu! Gurau-gurau.

 

Baca : “Aku mmg tak secantik dia” – [VIDEO] Teman Lelaki Kantoi Syok Dating Dengan GF Baru, Padahal Belum Putus

Vy5

Sumber: oditty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.