in

“Terang-terang salah kwn aku..”- Kereta Apek Kena Langgar Tapi Sekupang Pun Dia Tak Mintak, Siap Bawa Pegi Klinik Lagi

Featured 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kecuaian jalan raya sememangnya sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kerosakan, kecederaan atau kematian.


Mesti korang ingat lagi kes wanita yang pandu kereta Honda dikasari brader naik motor gara-gara wanita tersebut tak beri signal. Sampai ke tahap brader tu kena tahan lokap lagi.

Tapi tak semua yang mudah melatah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, seperti yang dikongsikan lelaki ini, Nan Naz di facebook semalam.

 

Apa yg aku respect kat sini,uncle tu sikit pun xmarah..malah siap bawa kwn aku tu pi klinik dan tanggung semua kos rawatan..

Ceritanya, kawan Naz telah melanggar kereta seorang uncle berbangsa Cina. Biasanya, bila berlaku situasi tersebut sudah pasti pemilik kenderaan yang dilanggar tu akan marah-marah selain mengambil maklumat peribadi pelaku.

Tapi lain pulak jadinya bila….

Cerita hari ni..kawan sekerja aku tanpa sengaja pi langgaq keta sorg chinese ni..mmg terang² salah kwn aku tu..tp apa yg aku respect kat sini,uncle tu sikit pun xmarah..malah siap bawa kwn aku tu pi klinik dan tanggung semua kos rawatan dan antaq balik rumah..bab keta dia yg rosak tu pun,dia xminta sekupang pun,xnk report polis..dia kata xpa,dia repair sendiri..dia cakap,u org raya sudah mau dekat n ucap selamat hari raya..Ya Allah,terharunya..

#bendabaiksampaikanlah
#respectuncle
#delivereat
#sifatyangdicemburui

 

Siap tanggung kos rawatan kat klinik lagi, kereta rosak pun tak perlu bayar

60978457 138346144000671 5443762647000416256 N
Uncle tu bawa pemuda yang langgar keretanya ke klinik berdekatan
60386606 138346194000666 8965220523562762240 N
Uncle tu siap teman pemuda tersebut dapatkan rawatan
60979087 138346120667340 5122718866736152576 N
Semua kos rawatan ditanggung uncle tersebut

Mesti korang tertanya-tanya kan, kereta apa yang dilanggar pemuda tersebut? Mesti kereta murah kan sebab rileks je uncle tu.

Well korang tengok sendiri gambar kat bawah ni dan fikir murah ke mahal.

 

Kereta Mazda wehhhhhh!

60437384 138346170667335 5198394854756843520 N
Sumber : facebook

Perkongsian Naz sehingga kini mendapat lebih 5.3k likes di facebook sejak ia dimuatnaik semalam.

Malah rata-rata netizen memuji perilaku mulia dan semangat satu Malaysia yang ditunjukkan uncle tersebut.

 

“Tak semua rasis..tu jer nak ingatkan kan..”

1 21

“Tengok air muka dah nampak orang baik-baik..”

2 9

 

Semoga semakin ramai rakyat Malaysia yang baik budi pekerti dan kaya dengan sikap pemaaf macam uncle ni. #respect

Baca : Rasis dan Islamophobic Keji! McGregor Samakan Isteri Khabib Dengan Tuala

Khabib

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.