Siapa sangka dalam kegembiraan sebuah keluarga ini menyambut hari ulang tahun anak mereka berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu telah meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.
Mulut rasa kering dan dahaga
Memetik laporan NDTV, kanak-kanak yang bernama Manvi itu menyambut ulang tahun kelahiran bersama keluarganya pada 24 Mac sekitar jam 7 petang. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Patiala, India.
Sewaktu majlis, Manvi dan lima ahli keluarganya dipercayai telah makan kek coklat yang ditempah secara atas talian dari sebuah kedai kek. Sebelum tidur, Manvi dikatakan telah mengadu mulutnya terasa kering dan haus lalu meminta air.
Artikel berkaitan: Hadiah Kek & Telekung Jadi Kenangan Terakhir Buat Ibu Pelajar Malaysia Yang Terkorban Dalam Kemalangan Di New Zealand
Artikel berkaitan: Budak Lelaki Maut Masa Ambil Wuduk, Gara-gara Mat Motor Terlanggar Dinding Masjid Masa Buat Freestyle
Keesokan harinya, Manvi telah dibawa ke hospital selepas kesihatannya semakin merosot. Dia terus diberikan bantuan pernafasan namun Manvi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kek coklat tercemar & beracun?
Keluarga Manvi mendakwa kek coklat yang mereka tempah tersebut mempunyai bahan beracun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut. Dalam pada itu, lima ahli keluarga Manvi juga telah jatuh sakit pada malam kejadian selepas menikmati kek coklat itu.
Bagaimanapun, pihak hospital telah melakukan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu dan sampel kek tersebut juga telah dihantar makmal untuk ujian.
Lebih menyedihkan, momen Manvi memotong kek turut dirakam oleh ahli keluarga dan video itu telah tular di media sosial.
A 10-year-old dies after eating birthday cake. The family alleged that their daughter died right after consuming her birthday cake, and other family members fell ill too. A case has been registered against the bakery shop owner under Sections 273 and 304A of the IPC. pic.twitter.com/Qb7U1IEnOn
— Gagandeep Singh (@Gagan4344) March 30, 2024
Sedih tengok video ni.. moga keluarga Manvi tabah hadapi ujian ni..