in

Hadiah Kek & Telekung Jadi Kenangan Terakhir Buat Ibu Pelajar Malaysia Yang Terkorban Dalam Kemalangan Di New Zealand

F4 Pelajar Malaysia Kemalangan Di Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, dua orang pelajar Malaysia di New Zealand dilaporkan telah terkorban manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapi, New Zealand.


Dua orang pelajar tersebut ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-dua mereka adalah penuntut University of Canterbury.

Lebih menyayat hati apabila arwah Megat Ashman dilaporkan sempat mengirimkan hadiah telekung solat kepada ibunya sempena hari lahir ibunya pada 12 Mac lalu, lapor Berita Harian.

8 1 1

Ibu arwah, Noor Aishah Abdul Latif menyifatkan bahawa hadiah daripada anaknya yang mesra dipanggil Aqif itu merupakan hadiah paling istimewa buat dirinya.

Artikel Berkaitan: “Man… ayah kau” – Isteri Meraung Pilu Lihat Suami Maut Dalam Kemalangan Di Jasin

Artikel Berkaitan: Peniaga Ditimpa Kemalangan, Netizen Simpati Lihat Kuih Jualan Bertaburan Atas Jalan Raya

Menurut ibu arwah lagi, arwah bekerja secara sambilan di sana ketika cuti semester dan dia juga mengirim wang belanja kepada ibunya menggunakan wang gaji yang diterimanya hasil dari kerja sambilan itu.

Hadiah telekung itu pula telah dikirim oleh arwah menerusi perkhidmatan kurier sebagai kejutan sempena hari lahir ibunya pada 12 Mac lalu.

Ibu mangsa turut berkongsi bahawa kali terakhir dia bercakap dengan anaknya ialah pada hari Selasa melalui video call menerusi aplikasi WhatsApp manakala telekung yang dihadiahkan oleh anaknya itu juga telah dipakai untuk solat dan tarawih.

Memetik laporan Sinar Harian pula, arwah Megat Ashman merupakan bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.

Sama-sama kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. 

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.