in

“Tasbih kat tangan tak tinggal” – Netizen Sekali Lagi Cair Lihat YDP Agong Turun Dari Kereta Bantu Mangsa Kemalangan

Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alahai, sebab inilah rakyat makin lama makin sayaaaang dengan Yang di-Pertuan Agong kita yang baru ini.


Hari ini, viral di Instagram rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mencemar duli turun memeriksa keadaan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Tuanku Abdul Halim. 

 

Dalam perjalanan menuju Muzium Diraja, sanggup turun kereta tanya khabar mangsa

Menurut pegawai istana, tuanku pada mulanya terlihat sebuah kereta Toyota Vios telah berlanggar dengan pembahagi jalan di Jalan Tuanku Abdul Halim yang menghala ke highway berdekatan Jalan Duta.

Kenderaan rasmi baginda berserta pengawal beruniform tuanku kemudian berhenti seketika dan diikuti dengan tuanku sendiri turun dari kenderaannya untuk bertanyakan khabar mangsa yang berada di sana. 

Difahamkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menaiki kenderaan tersebut bersama baginda, namun beliau tidak turun dan menunggu di dalam kereta.

Selepas memastikan keadaan mangsa selamat, tuanku kemudian kembali ke kereta yang menuju ke Muzium Diraja, lapor The Star.

 

“Perasan agong macam pegang tasbih… our king terbaik!” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sangat tersentuh dengan tindakan baginda yang begitu prihatin dengan keadaan rakyat. Apa yang lagi menarik, ada netizen tu sempat lagi ternampak yang tangan Agong kita tak lepas dari pegang tasbih semasa turun memeriksa mangsa. Tajamnya mata korang! 

Agong 1
sumber: instagram

 

“Ni lah yang buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum sangat sayangkan Tuanku” 

Agong 2
sumber: instagram

Bangga ada YDP Agong yang baik macam ni….

Baca: “MasyaAllah baiknya hati Tuanku” – YDP Agong Tarik Perhatian Netizen Lagi, Kali Ini Cemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan di Putrajaya

Aggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.