in

“Takkan nak duduk rumah je?” – Ini 5 ‘Event’ Korang Boleh Join Sempena Hari Malaysia

Hari Malaysia Join

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya 16 September, kita bukan sahaja meraikan Hari Malaysia, malah turut meraikan kepelbagaian budaya, kaum dan tradisi yang menjadikan negara kita unik.

Daripada pakaian tradisional, makanan, muzik hinggalah persembahan kebudayaan, semuanya menjadi sebahagian daripada warna-warni Malaysia yang patut kita hargai dan raikan bersama.


Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak buat apa sempena cuti umum esok, ini antara acara yang boleh masuk dalam senarai! Yang penting semua ni masuk PERCUMA.

1. Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan

Untuk tahun ini, sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Sambutan kali ini bakal menampilkan pelbagai pengisian, antaranya acara menandatangani Buku Khas Pengisytiharan Malaysia, simbolik memotong pulut kuning serta persembahan kebudayaan.

Konsert turut menampilkan barisan artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Stacy dan Faizal Tahir.

Selain itu, ada juga pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026, yang diisi dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz kenegaraan, permainan Kahoot!, Pocket Talk, dan pertandingan gambar kreatif.

Pada malam hari, pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan bunga api di Tebingan Kuching berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

801326565 1827430755097117 3118384215628946164 N

Tak dapat hadir ke Kuching? Jangan risau kerana sambutan ini turut boleh ditonton secara langsung menerusi RTM dan Facebook Live Jabatan Penerangan Malaysia.

2. 1 Malaysia Karnival

Kalau korang nak sambung cuti sampai hujung minggu, 1 Malaysia Karnival di i-City, Shah Alam juga boleh masuk dalam senarai.

Karnival ini berlangsung selama lima hari, iaitu 16 hingga 20 September 2026.

Bukan setakat jualan vendor fesyen dan kraftangan, pengunjung juga boleh nikmati pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian, face painting, karaoke, badut dan robot AI.

Memang sesuai untuk yang nak bawa anak-anak keluar berjalan dan cari aktiviti sepanjang cuti Hari Malaysia.

802699483 2296905567715486 2547382805178529277 N

3. MNKL Karnival 2026

Untuk yang mencari pengisian rohani, boleh juga luangkan cuti korang di Karnival MNKL 2026 di Masjid Negara.

Karnival ini berlangsung dari 16 hingga 20 September 2026. Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk food fest yang dijangka menghimpunkan lebih 100 gerai makanan, pertandingan azan, pertandingan khat, e-Sport, explorace, kempen derma darah serta persembahan nasyid daripada beberapa kumpulan nasyid popular tanah air.

Karnival ini turut menampilkan ceramah oleh beberapa pendakwah terkenal termasuk Dato’ Dr Haji Badli Shah dan kumpulan pendakwah Tiga Beradik.

805905763 1398595159086471 6054155135966499656 N

4. Karnival Rasa Malaysia

Nak sambut Hari Malaysia dengan aktiviti yang lebih santai bersama anak-anak? Boleh cuba ke Karnival Rasa Malaysia @ Pantai Bharu.

Karnival ini berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang di Perodua Pantai Bharu, Klang, Selangor.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk pesta makanan, pertandingan mewarna, pakaian tradisional, cabutan bertuah dan persembahan Kebudayaan Borneo.

Pendek kata, boleh makan, boleh main dan boleh luangkan masa bersama keluarga dalam satu tempat.

802783998 1514265530736684 3240738912933229284 N

5. Keretapi Sarong 2026

Sempena penganjuran kali ke-10, Keretapi Sarong 2026 pada tahun ini diperluas ke 10 bandar di seluruh negara dengan tiga lokasi baharu, iaitu Padang Besar, Langkawi dan Kuching.

Selain di ibu negara, program tahunan bersempena dengan Hari Malaysia ini akan berlangsung serentak di bandar-bandar terpilih termasuk Sungai Petani, George Town, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuantan.

Bagi mereka yang sertai di sekitar Lembah Klang, peserta akan berkumpul di 12 stesen permulaan terpilih sebelum bergerak bersama-sama menuju ‘destinasi rahsia’.

Jadi kalau nak join, masa inilah korang nak gayakan kain sarung batik atau pelekat dengan cara kreatif sambil memartabatkan pakaian tradisonal ini sebagai simbol perpaduan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.