in

“Tak dapat mandi 8 hari” – 125 Banduan Fail Petisyen, Dakwa Didera Teruk Oleh Wadar Penjara

Banduan Didera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 125 orang banduan mengeluarkan petisyen yang mendakwa mereka telah didera oleh wadar penjara ketika dalam tahanan.

Menurut laporan FMT, perkara itu berlaku di sebuah penjara yang terletak di utara tanah air, petisyen tersebut diadakan untuk menggesa kerajaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak yang berkait.


Difahamkan, petisyen seumpama itu pernah dihantar sebelum ini, susulan dakwaan penderaan di satu lagi penjara di negeri sama.

Draf petisyen tersebut ditulis oleh banduan-banduan di penjara itu dan diserahkan kepada peguam mereka, Husaini Abdul Rashid menerusi dua rakan mereka yang telah dibebaskan baru-baru ini.

Pexels Rdne Stock Project 6069351
Gambar hiasan

Tahun lalu, Husaini turut membuat laporan berkenaan penderaan banduan namun Kementerian Dalam Negara (KDN) dan Jabatan Penjara sehingga kini belum memberi sebarang respon mengenai isu itu.

Banduan yang telah dibebaskan itu mendakwa mereka ddidera dengan dipukul menggunakan paip PVC serta objek tumpul hanya kerana kononnya mereka berbual dan ingkar ketika sesi perhimpunan.

Selain itu, mereka turut mendakwa tahanan reman sering dikenakan pemeriksaan rongga badan apabila pulang dari mahkamah kerana disyaki cuba menyeludup dadah.

Kedua-dua bekas banduan itu turut berkongsi, bekalan air sangat terhad sehinggakan mereka tidak boleh berwuduk dan mandi sehingga lapan hari.

Makanan yang disediakan juga membimbangkan, dikatakan mereka dihidangkan atas pinggan yang berkulat selain diberi nasi basi dan sepotong kecil ikan kukus.

Lebih menyedihkan, mereka tidak akan dilayan dan diberikan rawatan jika sakit serta akan dipukul serta dikurung berasingan jika mengadu.

Baca: Suspek Kes Dera Anak Kekasih Ditahan, Rupanya Ada 13 Rekod Jenayah & Positif Dadah

Ft Kes Der4 Anak Teman Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.