Setiap kaum dan agama pasti ada pantang-larang yang dipercayai sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Walaupun ada beberapa pantang-larang yang masih belum berjaya dirungkai kesahihannya, hal ini masih menjadi amalan segelintir masyarakat sebagai tanda hormat dan mengambil iktibar daripada kejadian lampau agar tidak berulang lagi.
Seperti sebuah perkongsian JiunErLiu di laman Twitter miliknya yang berkongsi tentang pantang larang orang Cina yang beragama Buddha.
Ini 10 Pantang Larang Orang Cina yang mungkin ramai tak tahu
Mungkin ada Kawan2 yang tertanya-tanya atau nak tahu dengan pantang larang Chinese(beragama Buddha). Ya, betul, bagi Chinese, kami mempunyai banyak pantang larang juga. Antaranya :
1. Tak suka nombor 4
2. Tak boleh buang sampah atau sapu lantai pd hari Pertama CNY— Jiun Er (@JiunErLiu) August 8, 2020
Jiun Er juga menjelaskan penerangan bagi setiap pantang larang. Jadi, admin nak kongsi 5 pantang larang yang admin sendiri baru tahu. Okay, jom kita baca satu-satu!
1. Tak Boleh Hadiahkan Jam Tangan, Jam dan Kasut Semasa Hari Jadi
2. Tak Boleh Buka Payung Dalam Rumah
3. Tak Boleh Pakai Kasut Waktu Chinese New Year
4. Jangan Pakai Baju Hitam Dan Putih Semasa Chinese New Year
5. Ketuk Pintu Sebelum Masuk Hotel Dan Jangan Susun Kasut Depan Hotel
Pokok pangkalnya pantang larang ini tak salah untuk kita amalkan. Selagi tidak keterlaluan, kita boleh ikut sebab sememangnya pantang larang ini terhasil bagi mengelakkan diri dari ditimpa sebarang kejadian buruk. Tapi kalau dah terlalu membahayakan kita kenalah berhati-hati.