in

Syed Saddiq Dedah ‘Rahsia’ Berjaya Kutip RM1.4 Juta Dalam Masa 6 Bulan

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua ketahui, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq merupakan salah seorang yang paling sibuk dan giat dalam memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas dan terkesan akibat daripada pandemik yang melanda negara.


Jika sebelum ini tular isu pejabatnya di Muar diarahkan untuk tutup kerana didapati orang terlalu ramai beratur untuk mendapatkan bantuan, kali ini, Ahli Parlimen Muar berkenaan tular lagi di media sosial selepas berkongsi ‘rahsia’ mendapat kutipan sebanyak RM1.4 juta dalam masa enam bulan.

E6Vyjw6Uyauftn6

Menurut bebenang di akaun Twitter miliknya, jelas ahli parlimen tersebut, beliau telah melantik sebuah firma (Ernst & Young) bagi mengaudit kutipan yang diperoleh secara fundraising tersebut dan perincian setiap perbelanjaan demi membantu rakyat Muar turut dikongsikan.

Kutip 200 Ribu, Botak Kepala

Menurut Syed Saddiq, inisiatif pertamanya bermula sekitar 2020 ketika waktu itu, sesi persekolahan tidak menentu, sekejap buka dan sekejap ditutup. Oleh itu, ramai yang meminta bantuan untuk mendapatkan laptop di Muar.

E6Vta3Wvcaygeev Horz

Sebagai inisiatif, beliau mewujudkan sebuah acara fundraising untuk mengutip RM200 ribu, dengan membotakkan kepalanya dan disebabkan rakyat Malaysia ramai berhati mulia, acara tersebut dapat mengumpul RM407 ribu ++, tambah Syed Saddiq.

Selain membotakkan rambutnya, salah satu cara yang dikongsikan adalah dengan mengadakan kursus dan seminar jangka masa pendek dalam talian melalui ThunderBOLD. Antara kursus yang ditawarkan termasuklah pengucapan awam sereta teknik pemikiran kritis.

Dikhabarkan inisiatif tersebut disertai oleh lebih 1000 orang pelajar dan ia berjaya mengutip RM230 ribu ++ !

E6Vuthfvgamuqjy

Memang seronok. Sambil ajar, sambil bantu Muar.

Tambah Syed Saddiq lagi, pengalaman menjual kurta di atas talian semasa raya juga merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dilupakan olehnya.

Menurut bebenang tersebut, hasil kerjasama dengan peniaga muda dibawah sebuah jenama tempatan, beliau berjaya menembusi pasaran e-dagang dan terlibat secara penuh dari segi menguruskan pembekal, rekaan dan marketing.

E6Vvxxbvcakrpc

Hasil penjualan kurta tersebut 100 peratus disalurkan semula ke rakyat di Muar, dianggarkan keuntungan disitu adalah RM142 ribu ++.

Kerajaan Pusat Bagi RM300 Ribu

Menurut Syed Saddiq lagi, ada banyak inisiatif yang telah dilakukan bagi membantu orang ramai di Muar, antara yang disebut adalah kempen Muar SeJIWA, merchandise ‘Jalan Tegak’ dan pelbagai lagi.

Selain mendapat hasil daripada kutipan orang ramai, Syed Saddiq turut akui tentang penerimaan bantuan sebanyak RM300 ribu daripada kerajaan persekutuan untuk foodbank, selain tambahan lagi RM20 ribu untuk program Vaccine Outreach. 

Terima Kasih Malaysia!

Baca : “Kalau nak kompaun, kompaun saya!” – Syed Saddiq ‘Bengang’ Pejabat Parlimen Muar Diarah Tutup Sebab…

Capture 1 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.