Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menluahkan rasa tidak puas hati kerana kerana pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup hari ini.
Terlalu ramai beratur untuk dapat kan bantuan
Menurut bekas Menteri Belia & Sukan itu menerusi Twitter miliknya, alasan Pejabat Parlimen Muar itu diarahkn tutup adalah kerana ramai orang beratur untuk mendapatkan bantuan.
Umumnya, ramai sedia maklum bahawa Syed Saddiq kini sedang giat menjalankan aktiviti bantuan berbentuk makanan dan barang keperluan kepada orang-orang Muar.
Disebabkan itu, ramai yang datang ke pejabat tersebut untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat. Saya tak boleh halang orang susah & lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya. Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!”
Apa yang membuatkan Syed Saddiq berang adalah, beliau sudah patuh segala SOP yang telah ditetapkan.
Saya dah buat macam-macam untuk patuh SOP. Buat sistem kupon 100/hari, minta bantuan RELA, hantar surat minta polis pantau, bantuan ketua-ketua kampung. Nak masuk pejabat pun ada had jumlah. Hakikatnya, orang ramai sedang susah, lapar dan sakit. Saya tak boleh tolak mereka!!!”
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan beliau sudah hadkan jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga dibuat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.
“Tapi hari ni (semalam), pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai.”
“Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.”
“Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama,” katanya menerusi status Facebook yang dikongsikan semalam.
Disamping itu, Syed Saddiq juga menggesa pihak polis untuk tidak mengenakan kompaun kepada mereka yang ingin dapatkan bantuan, sebaliknya beliau rela dirinya dikompaun.