Syarikat Jepun Cipta ‘Mesin Basuh’ Untuk Manusia, Bakal Dipasarkan Mulai 2025

Tambah ke Sumber Pilihan
Syarikat Jepun Cipta ‘Mesin Basuh’ Untuk Manusia, Bakal Dipasarkan Mulai 2025

Sebuah syarikat teknologi Jepun yang mengkhusus dalam inovasi bilik mandi dan dapur, baru-baru ini melancarkan rancangan untuk menghasilkan ‘mesin basuh’ untuk manusia yang dijangka akan dipasarkan menjelang 2025.

Screenshot 2022 10 29 At 12.06.04 Pm

Science Co. Ltd. yang berpangkalan di Osaka telah mengumumkan rancangannya untuk mencipta ‘mesin basuh manusia’ sebagai sebahagian daripada barisan produk Mirable. Memetik laporan Oddity Central, mesin basuh itu dinamakan ‘Project Usoyaro’, yang dilengkapi teknologi terkini untuk menghasilkan pengalaman mandi yang kompleks.


Screenshot 2022 10 29 At 12.06.12 Pm

Syarikat itu telah menyatakan bahawa matlamat Project Usoyaro bukan semata-mata untuk membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, tetapi juga untuk menyediakan ruang penyembuhan di mana pengguna boleh berehat dengan bunyi muzik yang menenangkan dan pemandangan imej yang dipaparkan di dalam mesin.

Unit kawalan di dalam mesin basuh ini juga akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik. Dengan teknologi AI terbina didalamnya yang mengumpulkan data, mesin ini akan mewujudkan  suasana paling selesa untuk pengguna.

Screenshot 2022 10 29 At 12.06.21 Pm

Sebenarnya, konsep mesin basuh manusia bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat elektronik Jepun, Sanyo Electric pernah mempamerkan ‘Ultrasonic Bath’ pada tahun 1970. Mesin basuh manusia yang dipamerkan itu berupaya untuk membersihkan, mengurut dan mengeringkan pengguna dalam masa 15 minit. Walau bagaimanapun, konsep itu tidak pernah benar-benar menjadi produk komersial.

Baca: Chef Jepun Cipta Roti Tanpa Kerak Untuk Kurangkan Pembaziran Makanan

Screenshot 2022 10 29 At 12.06.41 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Syarikat Jepun Cipta ‘Mesin Basuh’ Untuk Manusia, Bakal Dipasarkan Mulai 2025
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/syarikat-jepun-cipta-mesin-basuh-untuk-manusia-bakal-dipasarkan-mulai-2025/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM