in ,

“Superhero pekak dan gay pun ada”- Marvel Bakal Tampilkan Superhero Transgender ‘Very Soon’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Presiden Marvel, Kevin Feige berkata watak tersebut akan muncul dalam filem yang sedang dalam penggambaran, manakala filem The Eternals yang akan datang akan menampilkan superhero yang pekak dan gay.”


Karakter transgender pertama dalam filem Marvel berkemungkinan akan ditampilkan dalam filem yang akan dilancarkan pada tahun depan, lapor the guardian.

Presiden Marvel, Kevin Feige yang mengumumkan perkara itu pada acara Akademi Filem New York berkata ‘trans’ superhero itu akan ditampilkan dalam filem…

Masa terdekat, dalam filem yang sedang jalani penggambaran sekarang”

Sumber: The Guardian

Malah Kevin berkata lebih banyak watak transgender akan ditampilkan pada masa akan datang.

Malah ramai menjangkakan yang watak pertama trans tersebut di dalam Thor : Love and Thunder pada 2021.

Peminat pun ada spekulasi masing-masing, paling ‘onz’ dan nampak kena dengan pengumuman Marvel ni sudah pastinya adalah Sera dari Thor yang merupakan malaikat lelaki bertujar jadi malaikat wanita.

Sumber: The Guardian

Selain itu Marvel juga akan tampilkan superhero pekak pertama, selain
superhero Asia-Amerika pertama akan ditonjolkan pada 2021, dengan Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings.

Baca : Jenuh la avengers tunggu ultraman cas bateri- Sah! Ultraman Join Superhero Marvel Tahun 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.