in

“Sumpah Melayu memang bodoh…” – Kecoh Isu Beli Kondom Untuk ‘Family Planning’ Dekat IG Post Doktor

Promote

Baru-baru ni, doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin ada muat naik pasal isu kepentingan menggunakan kondom untuk mengelakkan HIV dekat Instagram.

“Bila sebut tentang seks, mesti semua segan silu atau fikir ‘eh tak sopan la cakap pasal benda ni dekat media sosial.”

View this post on Instagram

Topic : Stay Safe With Durex Red . Bile sebut tentang seks, mesti semua segan silu atau fikir "eh xsopan la ckp psl benda ni kt social media", tp bile abaikan topik ni, lihatlah ape yg terjadi sekeliling kite. 280ribu org dijangkiti HIV di Asia Pasifik pd 2017 & to be honest i've lost some of my close friend to AIDS. . Maka sempena World AIDS day arini, sy bekerjasama bersama Durex tuk sama2 mengurangkan sekaligus menamatkan AIDS. Disamping itu membantu program "Keeping Girls in School" bagi mengurangkan jangkitan HIV di kalangan wanita dgn cara menggalakkan mereka tuk kekal di education line & memperbaiki kemudahan kpd sexual health and reproductive services. . Macam mane nak tolong? Setiap pembelian (DUREX)RED di Lazada mulai hari ni akan disalurkan ke Afrika Selatan yg mana 7.2juta penduduknya menghidap HIV, ibarat 1 drpd 5 rakyat Msia ade HIV uiii. What are u waiting for? Join me, grab a (DUREX)RED and start change the world one pack at a time. Jangan segan silu, tp sila ambil tahu peeps. Available on Lazada beginning 1st December at RM39.90. . #DUREX #DUREXRED

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Tapi, malangnya pendekatan dan usaha Dr Shazril tak disambut atau diterima baik oleh sesetengah followers dekat Instagram dia. Ada di antara pengikut dia yang salah faham dengan main point yang cuba disampaikan.

Sebaliknya, dorang menganggap yang promote kondom ni sama dengan promote seks bebas aka zina. Seorang netizen berkata,

“Islam, tapi sayang cetek ilmu agama. Doktor menggalakkan orang melakukan zina atau persetubuhan haram.”

Dia main sentimen agama pulak! 

Ada juga yang pertikaikan kenapa perlu guna kondom sedangkan kalau dah bernikah, boleh je bersetubuh.

“Bukankah menggalakkan orang berzina? Walhal benda tu (seks) kalau nak buat pergi kahwin je. Kalau tak kahwin memang akan dapat kesan yang kurang elok la macam penyakit ke apa ke. Itu kifarah dari Allah.”

Dr Kondom 1
sumber: instagram

Admin pun tak faham apa yang dorang salah anggap dengan doktor ni? Sedangkan, kalau dah berumah tangga pun, perlu guna kondom untuk merancang keluarga (family planning).

Warga Twitter kebanyakkannya geram dengan mentaliti sesetengah masyarakat Melayu yang menganggap kondom tu sinonim dengan berzina. Aduyaiii…

“Sedih betul tengok Melayu komen macam ni. Mentaliti sempit, tak fikir pakai otak.”

Whatsapp Image 2018 12 10 At 17.24.20
sumber: twitter

Ada juga seorang ibu kepada dua anak kongsi dekat Twitter yang dia sendiri pernah kena jeling waktu nak beli kondom.

“Hello, there is something in this world called family planning. Sumpah melayu memang bodoh.”

Untuk yang kurang faham, wanita tu sebenarnya tujukan ayat ni kepada mereka yang salah anggap dengan usaha Dr Shazril mempromosikan kondom. Masih ramai rakyat kita yang susah untuk mengerti tentang penggunaan kondom.

Kalau guna kondom je, terus dianggap untuk berzina. Walhal, pasangan suami isteri pun boleh guna kondom tu untuk perancangan keluarga. Semua pun sedia maklum ada banyak cara untuk merancang dan antara yang paling famous adalah pil perancang atau kondom. Jadi kenapa samakan kondom dengan perbuatan zina?

Ramai netizen lain yang baca komen netizen dekat IG post Dr Shazril ni turut kecewa dan annoyed dengan sikap segelintir masyarakat yang macam tu. Ada juga yang berpendapat, semua ni terjadi sebab pengaruh tv yang bagi gambaran kondom tu digunakan untuk berzina.

Komen Kondom 2

Komen Kondom 1
sumber: twitter

Baca: Netizen Bergaduh Gara-gara Iklan Kondom Ni!

Lipas Tikus Bini