in

“Subhanallah rezeki!” – Nelayan Dapat Durian Runtuh Berjaya Tangkap Ikan Kerapu Gergasi Sebesar 140 KG, Dijual RM4,900!

ikanz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betullah kata orang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? 

Baru-baru ni, seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila dia dilaporkan berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 140 kg! Wow! 


 

Berbaloi naikkan ikan dekat setengah jam, berjaya jual RM4,900

Menurut Kosmo, ikan kerapu gergasi itu kemudian dijual dengan harga bernilai RM4,900 tau di Pasar Dungun semalam! Fuh dasyat! 

55478006 268472364038768 3229180730684735488 n
Sumber: Facebook
56222460 268472487372089 1234220614135316480 n
Sumber: Facebook

Kata Abdullah Abdul Hamid, 51, nelayan bertuah ni bersama 3 lagi orang rakannya telah mengambil masa dekat setengah jam untuk menaikkan ikan tersebut ke atas bot dengan menggunakan mesin bot pukat tunda.

“Rasa sangat teruja dan gembira apabila kami dapat menaikkan ikan kerapu gergasi ini kerana ini adalah kali pertama kami menemuinya. Sebelum ini pernah mendaratkan ikan yu yang agak besar namun tidak seberat ini.

“Kami keluar menangkap ikan di lokasi biasa, iaitu kira-kira tiga jam perjalanan dari jeti Kuala Dungun. Hasil jualan ikan kerapu gergasi ini akan kami bahagikan sama rata untuk empat orang,” katanya lagi.

 

Ikan kerapu bawa tuah, penemuan ibarat durian runtuh 

Bagi Abdullah yang juga merupakan bapa kepada 8 orang anak, penemuan ikan tersebut dianggap sebagai tuah untuk dirinya dan sebenarnya berhasrat untuk menyimpan wang hasil jualan untuk kegunaan keluarga.

Tambahnya lagi, ada seorang tauke Cina juga menunjukkan minat untuk membeli ikan tersebut dengan harga RM35 setiap satu kilogram. Wah lagi semangat lah abang ni nak turun ke laut lepas ni! 

53878246 268472420705429 3115685562757939200 n
Sumber: Facebook

Dalam pada tu, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata, pendaratan ikan gergasi tu menarik perhatian orang ramai kerana ia jarang berlaku di Terengganu.

“Hanya nelayan yang ‘bertuah’ sahaja akan berjaya menemui ikan kerapu gergasi seperti ini dan penemuannya boleh diibaratkan seperti ‘durian runtuh’ kerana harganya yang mahal,” katanya.

Wah agaknya berapa orang boleh habiskan seekor ikan besar macam tu ye??

Baca: “Jangan tak merasa malam pertama sudah la” – Wanita Buat Persembahan Ular Tedung Di Hari Perkahwinan

ular 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.