in

Suami Minta Pulangkan Buah Pinggang Yang Pernah Didermakan Sebab Isteri Main Kayu Tiga

Kidney 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah sayang, pasti kita akan melakukan apa sahaja sehingga ada yang sanggup bertarung nyawa demi pasangan tercinta.


Sama seperti seorang doktor bernama Richard Batista yang berkorban mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada isteri tersayang, Dawnell namun pengorbanannya kini menjadi sia-sia.

Kidney 1
Sumber; x

Minta pulangkan buah pinggang

Dawnell dikatakan telah bermain kayu tiga di belakang Richard dan mereka juga dalam proses perceraian. Kebiasannnya, setiap pasangan akan membahagikan aset masing-masing seperti rumah, kereta dan barang berharga yang lain ketika melalui proses tersebut.

Artikel berkaitan: Lelaki Buat Permohonan Maaf Terbuka, Tak Sangka Video Cuba Jual Buah Pinggang Viral

Artikel berkaitan: “Tak bahaya ke buah pinggang?” – Makan Macam-macam Pil Kecantikan, Netizen Risau Tengok Influencer

Namun, Richard Batista telah menuntut ‘hartanya’ semula yang mana dia meminta Dawnell memulangkan semula organ buah pinggang yang pernah didermakan dahulu ketika Dawnell mengalami kegagalan fungsi organ tersebut.

Bayar pampasan jika gagal pulangkan buah pinggang

Richard juga meminta isterinya untuk membayar pampasan sebanyak £1.2 juta (RM7.25 juta) jika dia gagal memulangkan organ tersebut. Pun begitu, tuntutannya telah ditolak oleh Mahkamah Agung Daerah Nassau, Bahamas telah menolak permintaan lelaki tersebut kerana menggangap ianya tidak masuk akal.

Tambah Richard, masalah dalam rumah tangga timbul selepas isu buah pinggang isterinya lalu dia telah mengambil keputusan besar dalam hidup dengan cara mendermakan buah pinggang kepada si isteri pada tahun 2001.

Keutamaan saya adalah untuk menyelamatkan nyawanya. Bonus kedua adalah mengubah perkahwinan.

Richard Batista dan Dawnell telah berkahwin pada tahun 1990 dan sudah mempunyai tiga orang anak.

Sumber: The Daily Star, UNILAD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.