in

“Style gila” – [VIDEO] Gadis Hasilkan Blazer Daripada Kain Pelikat Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia

Ft Blazer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka kain pelikat yang selalu dipakai ayah-ayah kita pergi masjid boleh dijadikan sebagai outfit yang gempak selain dijadikan kain lap.


Dalam perkongsian @brbsewing, dia telah memuat naik satu video di Tiktoknya yang menunjukkan proses bagaimana dia hasilkan blazer yang cantik daripada kain pelikat.

“Biar betul!”

@brbsewing

Back with another kain pelikat garment! Unlined blazers are good for our weather. #sarong #kainpelikat #sewing #diyfashion #tiktokmalaysia

♬ edamame – bbno$

 

Cantikkan blazer tu! Gadis yang merupakan cikgu jahit itu telah menghasilkan blazer tersebut dengan hasil tangannya sendiri. Kain pelikat sangat sesuai untuk dipakai dan digayakan dengan keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas kerana kain tersebut nipis selain mempunyai corak yang menarik.

Daripada kain tersebut, gadis itu telah mengaplikasikan bakatnya dengan keadaan kain itu untuk dijadikan blazer yang tak ramai orang akan terfikir untuk buat. Bukan semua orang ada idea macam dia ni.

“Banyaknya demand”

Video pendek yang mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok ini telah menarik minat netizen untuk membeli blazer itu termasuklah instafamous Malaysia, Azfar Heri. Azfar yang terkenal dengan video lawak dan fesyen yang rare tertarik untuk membeli kerana pakaian tersebut jarang dijumpainya.

Ada juga netizen yang sanggup untuk berguru dengan gadis tersebut kerana hasil tangannya dalam jahitan sangat kemas dan halus.

Komen Jahit

Gadis tersebut berkata blazer daripada kain pelikat tersebut tidak akan dijualnya kerana dia sebuk dengan kelas online. Dia juga berkata sesiapa yang ingin belajar menjahit dengannya, pergi ke website makershabitat untuk pendaftaran.

Bestnya ada bakat macam ni, boleh la tiap hari bergaya dengan fesyen lain-lain.

Baca: Kajian Dapati Mereka Yang Cantik Kacak Lebih Mudah Ditawarkan Kerja

Kerja E1629960563685

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.