in

Mengaku Langgar SOP Covid-19, Menteri Kesihatan UK Letak Jawatan

1Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan United Kingdom (UK), Matt Hancock mengumumkan perletakkan jawatan yang disandang beliau selepas mengaku bersalah melanggar SOP Covid-19 di United Kingdom.


Screenshot 2021 06 27 At 11.48.24 Am

Beliau didapati melanggar sekatan pergerakkan berikutan penyebaran sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan gambarnya berpelukan mesra dan bercium dengan seorang wanita.

Sebelum perletakkan jawatannya, Hancock terdahulu telah memohon maaf atas perlakuannya itu.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian yang disiarkan oleh akhbar tempatan itu sebenarnya dirakam melalui kamera litar tertutup pada 6 hingga 11 Mei sebelum peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan untuk membolehkan pelukan dan hubungan fizikal lain di luar rumah sendiri.

Screenshot 2021 06 27 At 11.49.49 Am
Sumber: google

Surat perletakkan jawatan Hancock telah dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson. Johnson juga telah menerima perletakan jawatan Hancock dengan rasa sedih.

Jawatan Menteri Kesihatan UK digantikan oleh seorang bekas Canselor, Sajid Javid berkuatkuasa serta merta.

 

Baca: Britain Kenakan Denda RM53,145 Terhadap Individu Langgar PKP

Screenshot 2021 06 27 At 11.48.10 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.