in

“Ini anugerah” – Didakwa Tak Prihatin Isteri Hamil Terlalu Rapat, Jamal Abdillah Malas Layan Kecaman

Jamal Abdillah Tak Prihatin Isteri Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, penyanyi legenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketujuh dan anak kelima dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin.


Namun, penyanyi yang diberi gelaran Raja Pop Malaysia itu dikecam teruk segelintir pihak susulan isterinya menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan yang teruk dan muntah-muntah.

Sedar akan kecaman yang dilemparkan, Jamal Abdillah, 65, bagaimanapun tidak melayan kecaman tersebut sebaliknya menganggap kehamilan isterinya sebagai takdir dan rezeki dari Allah SWT.

Artikel berkaitan: “Doakan kesembuhan isteri saya” – Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke-7, Isteri Alami Alahan Teruk

Jamal berkata, anak adalah kurniaan Tuhan dan dia juga masih mengikut keupayaan isterinya yang berusia 28 tahun untuk mengandung lagi.

Snapinsta.app 435977149 18427825360034169 1945400338614269403 N 1080

“Kadang-kadang soal zuriat tidak boleh dirancang kerana Tuhan yang tentukan. Kalau kita rancang macam mana pun tidak jadi juga jika tanpa izin-Nya.

“Jadi semua kecaman saya enggan layan dan tak tengok pun. Saya terima rezeki ini kerana Allah, saya panggil ini anugerah.

“Bagi saya, semuanya terserah kepada isteri. Dia kata sanggup lagi, saya okey sahaja. Jika dia mahu ‘ikat’, silakan dan kalau tak mahu pun saya ikut sahaja,” katanya.

Berkongsi keadaan isteri yang masih dirawat di IJN, Jamal mendakwa teman hidupnya alami alahan terhadap ubat.

“Perkembangan terkini isteri saya sihat alhamdulillah. Dia masih lagi belum boleh makan sudah masuk hari ke-12 dan asyik muntah-muntah,” katanya.

Pasangan itu mengikat tali pernikahan pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila Yamani.

Anak ketujuh penyanyi yang diberi gelaran Raja Pop Malaysia itu dijangka akan dilahirkan awal tahun hadapan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.