in

“Setiap kali lalu mesti terkejut” – Nampak Ular Besar Melingkar Dekat Dinding Flat, Rupa-rupanya…

Ft Ular Melekat Dinding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je la yang tak seriau kalau nampak ular besar, kalau min nampak dari jauh pun dah lari tak cukup tanah, apatah lagi kalau nampak depan mata.


Pertama kali bila min nampak kelibat ular masa swipe up video TikTok ini terus berderau, tapi sebenarnya…..

 

Setiap kali lalu mesti terkejut.”

Sedangkan kita yang tengok dari jauh ni pun dah seram apatah lagi penduduk di kawasan tersebut yang rajin lalu lalang, kata @cujanana setiap kali dia lalu disitu, mesti akan terkejut bila melihatnya.

@cujanana

Setiap kali lalu mesti terkejut.

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Mhd Aizzat

Video yang telah meraih 1.3 juta tontonan selepas 4 hari ia dimuat naik ini telah mengundang reaksi suspend bila tengok.

Kalau aku memang tak lalu situ – Netizen

Ular Melekat Dinding Ular Melekat Dinding 2 Ular Melekat Dinding 3 Ular Melekat Dinding 4 Ular Melekat Dinding 5

Pada mulanya netizen juga pelik bagai mana ular boleh melekat di dinding macam cicak, tapi sebenarnya ia hanyalah belon yang berbentuk ular, tujuan tuan rumah tersebut melakukan perkara sedemikian adalah untuk takutkan monyet-monyet liar masuk dari tingkap.

Katanya lagi, jiran tetangga yang melalui kawasan tersebut memang tahu, tapi mereka yang lalu tetap terkejut bila tengok.

Biarpun tempat dan kawasan perumahan tidak dikenal pasti, ramai netizen masih seram tengok  saiz ular tersebut dan terbayang kalau itu adalah ular yang sebenar.

Tapi, idea dia agak kreatif juga kan? Cuma kalau orang dekat rumah min buat macam ni, memang dah lama kena heart attack.

 

Baca: “Hebat penyamaran”- Jangan Tertipu, ‘3 Ekor Ular’ Ini Sebenarnya Hanyalah Seekor Rama-rama

F1 Rama Rama Snek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.