Kata orang, rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Manusia tak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya. Tapi, rezekinya pasti tahu dimana pemiliknya.
Begitulah dengan kisah seorang pakcik yang tular di TikTok baru-baru ini apabila menerima hadiah penghargaan luar biasa daripada majikannya.
Menerusi perkongsian @sitinur5874, video tersebut memaparkan detik-detik manis seorang pekerja Petronas Pendang, Yusof yang telah berkerja selama 27 tahun dihadiahkan pakej umrah sebagai tanda penghargaan atas khidmatnya selama ini.
“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.
@sitinur2626 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou
“Susah nak cari tokey macam ni…”
Perkongsian tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi positif netizen apabila ramai yang dilihat memuji tindakan majikan kerana begitu menghargai pekerjanya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat majikan stesen minyak tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk memberi penghargaan sebegini kepada para pekerjanya.
Bukan mudah mendapatkan tenaga kerja yang setia, jujur, ikhlas dan amanah. Malah, penghargaan seperti ini juga sebenarnya akan meningkatkan lagi motivasi pekerja-pekeja untuk melakukan tugasan dengan lebih baik.
Baca: Doktor Kongsi Sisi Baik Mydin, Tawar Pekerjaan Pada Golongan OKU Tanpa Perbezaan Gaji