in

Seriuslah! Wendy’s Dah Tak Ada Kat Malaysia Lepas 31 Mac 2019 Ini?

Wendys

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak kebanyakan outlet Wendy’s mula ditutup satu persatu dekat area Klang Valley baru-baru ni? Admin baru je berhajat nak makan di Wendy’s Mid Valley, tapi tiba-tiba nampak notis tutup pulak tak semena-mena.


Lebih mengejutkan, notis penutupan ni bukan tutup sementara untuk renovation ke apa. Wendy’s dengarnya akan tutup terus dan outletnya takkan dibuka lagi di Malaysia. 

 

Netizen terkejut Wendy’s tutup secara tiba-tiba 

Menurut Hype, sejak dari tahun lepas lagi, restoran makanan segera ni dah mula tutup satu persatu outletnya di Malaysia. Hal ini menyebabkan beberapa pelanggan Wendy’s terkejut akan penutupan secara tiba-tiba tu. 

Netizen yang membawang di media sosial juga berpendapat, sebab Wendy’s ditutup kerana Berjaya Burger Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Berjaya Corporation Sdn Bhd, ni dah decided tak nak renew lagi agreement dengan restoran tersebut lagi. Laa gitu eh! 

Antara outlet yang telah ditutup:

  • Mont Kiara
  • Cyberjaya
  • Suria KLCC
  • IPC Damansara
  • Sunway Pyramid
  • Jaya One
  • Mid Valley
  • JB Paradigm Mall
  • KKIA Sabah
53194149 850960688581679 6646957899153145856 N Side
sumber: hype

 

Outlet yang masih buka hanyalah di… 

Kalau korang terasa macam nak makan Wendy’s atau isteri tengah mengidam nak makan makanan di restoran ni, eloklah korang cepat-cepat ke outlets ini yang masih dibuka sehingga 31 Mac depan.

Menurut sumber, branch di Berjaya Times Square masih dibuka tapi dijangka tutup pada 31 Mac 2019. Manakala, branch di Penang dan Pahang masih beroperasi macam biasa dan tarikh penutupan branch ni tak diketahui bila. 

Pun begitu, kalau korang skodeng tengok platform media sosial Wendy’s, nampaknya dorang dah deactivate akaun Instagram dan last update kat Facebook pulak ialah pada awal Januari 2019 lalu.

https://www.facebook.com/Wendys.Malaysia/videos/220244435571404/?t=0

So masih sempat lagi bagi korang yang minat atau mengidam nak makan Wendy’s ni serbu ke outlet-outlet masih dibuka tu. Pergi cepat sebelum 31 Mac ni! 

Baca: Sushi Mentai di Cheras Ditutup Selepas Pekerja Dirakam Meletakkan Salmon di Atas Tong Sampah

Sushi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.