in

“Semoga dapat berbaik semula” – Sugu & Pavithra Umum Rehat Dari Sebarang Aktiviti, Netizen Terus Bagi Sokongan

Collage 38

Pasangan kesayangan ramai, S Pavithra dan suaminya M Sugu mengumumkan yang dorang akan berehat dari semua aktiviti dan turut meminta orang ramai untuk berikan dorang masa untuk selesaikan masalah peribadi, kata pengurus pasangan ini melalui WhatsApp semalam.

Selepas ditahan, Sugu telah di bawa ke mahkamah semalam dan hakim telah memberikan perintah tahan reman selama tiga hari kepada Sugu kerana dia didakwa telah mencederakan isterinya.

Sementara itu, menurut FMT, Pavithra semalam turut tiba di Mahkamah Majistret Ipoh, ditemani saudaranya untuk melihat keadaan suaminya yang digari dan dibawa ke mahkamah oleh polis.

Sejak berita mengenai penangkapan ini tular, komen netizen terus membanjiri YouTube peribadi pasangan ini dengan kata-kata semangat.

Screenshot 2020 07 23 At 12.03.49 Pm Down

 

Baca: “Kami tak kisah kalau esok lusa tak lagi popular” – Sugu Utamakan Privasi Keluarga, Kurang Senang Sering Dihubungi Wartawan

Screenshot 2020 07 23 At 12.14.33 Pm