in

“Kami tak kisah kalau esok lusa tak lagi popular” – Sugu Utamakan Privasi Keluarga, Kurang Senang Sering Dihubungi Wartawan

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari minggu lalu, ramai yang terkejut dan kagum bila melihat bintang sensasi YouTube, Pavithra cantik dengan gaya persis model kerana menjadi wajah kulit depan majalah Pepatung.

Bercakap dengan Pepatung, suami Pavithra, M.Sugu menjelaskan tentang isu meletakkan harga sebanyak RM10,000 untuk membuat penampilan di kaca TV.


Kerana nak menjaga privasi keluarga, buat masa ini Sugu belum mahu memberikan kebenaran kepada Pavithra untuk menjadi tetamu jemputan di program-program TV walaupun jemputan yang diterima tak putus-putus.

Pavithra 681X822 1

Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi saya ikut sahaja yang terbaik.”

Bukan tu je, menurut penulis majalah ini juga, ketika gambar belakang tabir Pavithra tular, Sugu sempat menyatakan rasa kurang senangnya bila ramai media menelefon meminta pengesahan mengenai photoshoot tersebut.

Tambah Sugu, sebagai seorang suami dia perlu menjaga keselamatan isterinya.

Img 2523

Kalau korang tengok video pasangan ni, memang boleh nampak Pavithra dan suaminya ini sangat merendah diri malah mereka turut mengatakan jika satu hari nanti dia tak popular lagi pun dia tak kisah kerana mereka dah biasa hidup susah.

Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat.”

Macam yang korang tahu, hasil daripada YouTube ini, pasangan ini telah pun pindah ke rumah yang lebih selesa dan merancang untuk membeli rumah dalam masa yang terdekat ini.

 

Baca: Ingatkan Reti Masak Je, Gambar Seakan Model Sugu Pavithra Dipuji Netizen

Screenshot 2020 06 23 At 12.02.55 Pm

Sumber: Pepatung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.