Sehari dua ni viral kisah mengenai potret mural Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan para pemimpin negara diconteng dengan kata-kata kesat.
Perkara itu jelas membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia khususnya, malah mereka menuntut pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kenapa la ada sesetengah rakyat yang tak reti bersyukur”
Tidak terkecuali Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah yang kecewa dengan kejadian tersebut malah turut berduka kerana ada rakyat di negara ini yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada.
Rata-rata netizen setuju dengan perkongsian Tunku Azizah malah turut sama meluahkan kekecewaan masing-masing.
Ini antara komen-komen netizen
Sebelum ini potret mural di dinding sebuah bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 yang dihiasi beberapa wajah pemimpin dan figura terkenal tanah air seperti Yang Dipertuan Agong, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengecewakan apabila ia diconteng dengan kata-kata kesat dipercayai dilakukan oleh ‘wanita’ yang video cctv kelakuan wanita itu viral di media sosial.
Baca : Takde otak, sivik zero; [GAMBAR] Tak Sampai Sebulan, Mural di Shah Alam Kena Conteng Dengan Carutan