in

Selepas Akui Khilaf, Ammar Nazhan Buat Live Piala Dunia Guna Akaun Lain?

Ft Ammar Nazhan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas membuat permohonan maaf dan mengakui kehilafan, pempengaruh Ammar Nazhan sekali lagi menjadi perhatian berikutan dengan dakwaan dia melakukan sesi live stream Piala Dunia 2026 di TikTok.

Berdasarkan hantaran daripada pengguna Threads, Ammar dikatakan menggunakan akaun yang berlainan selepas akaun miliknya disekat selama 7 hari daripada melakukan sebarang sesi live.


Artikel berkaitan: “I will be back” – Ammar Nazhan Maklum Akaun TikTok Kena Banned 7 Hari Dari Buat ‘Live’

Artikel berkaitan: “Tak berniat menyinggung mana-mana pihak” – Ammar Nazhan Tampil Perjelas Dakwaan Buat ‘Live’ Piala Dunia

“Live FIFA dekat sini pula, boleh ke?”

Screenshot 2026 07 03 134408 1

Malah, berdasarkan TikTok Story milik Ammar, dia ada memuat naik hantaran memaklumkan bahawa dirinya akan melakukan sesi live dalam satu akaun berlainan.

Screenshot 2026 07 03 131923

Sebelum ini, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas tular tangkap layar memaparkan siaran langsung TikTok miliknya memaparkan perlawanan Piala Dunia FIFA.

Ia mengundang kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi.

Oleh itu, Ammar membuat permohonan maaf sambil menjelaskan bahawa dia tidak berniat menyinggung hati mana-mana pihak sambil memaklumkan bahawa akaun miliknya telah disekat daripada melakukan sebarang sesi live selama 7 hari.

Sumber : Gempak, Threads, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.