in

“Tak berniat menyinggung mana-mana pihak”  – Ammar Nazhan Tampil Perjelas Dakwaan Buat ‘Live’ Piala Dunia

Ammar Nazhan Live Piala Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan tindakannya yang didakwa menyiarkan semula aksi perlawanan Piala Dunia 2026 menerusi TikTok tanpa kebenaran hak penyiaran rasmi.

Menurut Ammar, dia tidak menyangka sesi siaran langsung berinteraksi bersama penonton itu mendapat sambutan luar biasa sehingga muncul di paparan FYP TikTok.


730040669 17931851919336973 4741203405972860637 N

Katanya, dia tidak pernah mempunyai niat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya sekadar ingin berkongsi keterujaan menyaksikan temasya bola sepak terbesar dunia itu bersama para pengikutnya.

“Bagi Am, Piala Dunia adalah satu acara yang menyatukan peminat bola sepak dari seluruh dunia. Am seronok dapat berkongsi keterujaan dan melihat ramai penonton sama-sama menikmati suasana perlawanan.”

Bagaimanapun, Ammar mengakui kecewa apabila menerima pelbagai kecaman dan tohmahan di media sosial, malah mendakwa ramai membuat kesimpulan tanpa mengetahui keseluruhan situasi sebenar.

Artikel berkaitan: Boleh Ke Tonton Piala Dunia 2026 Menerusi RTMKlik Di Luar Negara? Ini Respon RTM

Artikel berkaitan: “Asyik hilang je” – Team Ammar Nazhan Hilang Lagi, Kamal Adli Harap Bukan Sekadar ‘Content’

Dalam kenyataan sama, Ammar menegaskan dia sentiasa bersedia memberikan kerjasama sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan terdapat perkara yang perlu diperjelaskan berhubung isu tersebut.

“Apa yang Am harapkan ialah kita semua boleh memberi ruang kepada fakta dan tidak terus menghukum berdasarkan andaian atau content yang dipotong-potong demi mengejar tontonan,” ujarnya.

Pada masa sama, Ammar berterima kasih kepada semua pihak yang masih memberikan sokongan dan berjanji akan terus belajar daripada pengalaman tersebut serta menghasilkan kandungan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada semua yang masih menyokong dan juga yang memberi teguran dengan cara yang baik,” katanya.

 

View on Threads

 

Terdahulu, tindakan Ammar telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen berhubung isu hak cipta kandungan siaran sukan, lebih-lebih lagi dia meraih jumlah tontonan yang sangat tinggi ketika siaran langsung itu dibuat.

Sehubungan itu, netizen menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan undang-undang jika benar berlaku pelanggaran hak penyiaran.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.