Pempengaruh sensasi, Ammar Nazhan dilihat sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan dengan tindakannya membuat sesi live yang didakwa memaparkan siaran perlawanan Piala Dunia 2026.
Meskipun perbuatannya mengundang kecaman orang ramai, bagaimanapun Ammar dikatakan masih melakukan perkara yang serupa.
Artikel berkaitan: “Tak berniat menyinggung mana-mana pihak” – Ammar Nazhan Tampil Perjelas Dakwaan Buat ‘Live’ Piala Dunia
Artikel berkaitan: “Apa yang berlaku di luar pengetahuan saya” – Nafi Terlibat, Ammar Nazhan Akhirnya Bersuara Isu Video ‘Leak’
Akaun dah digantung daripada siaran langsung
Akibat daripada tindakannya itu, Ammar telah tampil dalam satu video mengumumkan bahawa akaunnya telah digantung oleh TikTok daripada melakukan sebarang sesi siaran langsung selama 7 hari kerana dikatakan telah melanggar Garis Panduan Komuniti.
Katanya, buat masa sekarang dia hanya fokus dalam membikin kandungan lain, sementara menunggu tempoh tersebut.
@amnazhan thank you everyone for keep support , I will be back ❤️
Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan rasa hormat terhadap FIFA dan semua penyiar rasmi perlawanan tersebut, selain mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang terus menyokong pempengaruh itu.
Malah, Ammar juga menyatakan bahawa dirinya akan kembali sebaik sahaja akses untuk sesi siaran langsung dikembalikan.
Sumber : TikTok
