in

Selain Adib, Ini 4 Lagi Kematian ‘Unsung Hero’ Yang Belum Terbela

Unsunghero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes Muhammad Adib sudah semestinya memberikan impak mendalam kepada seluruh warga Malaysia, pengorbanan besar perwira negara ini sehingga menggadai nyawanya pasti akan dikenang sampai bila-bila.


Namun begitu, selain Adib masih ada beberapa unsung hero yang kematiannya masih belum terbela sehingga ke hari ini.

Mereka juga memang patut diberi penghargaan atas pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara. Tabik kepada hero-hero negara ini.

 

1. Datuk Shaharuddin Ibrahim,  mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia

Sahar

Beliau menjadi mangsa pembunuhan kumpulan kongsi gelap , Geng 36. Menurut Utusan Malaysia Geng 36 mahu membalas dendam kerana dadah yang diseludup telah dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang.

Datuk Shaharudin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 6 April 2013.

Difahamkan, suspek yang membunuhnya masih belum dapat ditangkap lagi.

 

2. Anisah Ali, pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Anisah

Anisah Ali meninggal dunia selepas koma akibat kenderaan yang dinaikinya dirempuh tonto di Pasir Mas pada Oktober 2016.

Lapor Astro Awani, dia bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok.

Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai van yang membawa rokok seludup.

Kes Kematian Pegawai Kastam Anisah Ali 5
Sumber : blog

Namun difahamkan, selepas kejadian polis berjaya melakukan gerakan memburu suspek utama yang dikenali sebagai Mat Yeh.

Setelah berjaya diberkas pihak polis, dia direman dalam tempoh seminggu lebih tapi dibebaskan dengan jaminan polis malah tak didakwa oleh mahkamah.

Ahli keluarga menzahirkan rasa kesal kerana kematian Anisah Ali tidak terbela dengan pembebasan suspek utama

 

3. Sub Inspektor Abu Hashim Ismail

51503116551 Abuhashimbinismail

Anggota polis Bukit Aman ini di tembak mati di kediaman kenalannya pada Ogos 2018

Menurut sumber Harian Metro, Abu Hashim Ismail maut akibat terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Sepanjang kes penyiasatan, seramai 9 orang suspek ‘Geng Pak Su‘ ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ini. Bagaimanapun, kesahihan mengenai kes ini masih belum dapat dikenal pasti siapa pembunuhnya.

 

4. Kevin Morais,  Timbalan Ketua Bahagian Bicara & Rayuan

Morais
Sumber : google

Motif utama pembunuhan dipercayai akibat dendam susulan Kevin Morais sedang mengetuai siasatan terhadap kes rasuah melibatkan seorang doktor berusia 52 tahun iaitu suspek utama.

Pihak polis bagaimanapun menafikan punca pembunuhan mendiang mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap syarikat 1MDB.

Adiknya mendakwa bahawa beliau mungkin dibunuh disebabkan beliau mengetahui banyak mengenai mereka yang berkuasa.

Mayat Kevin sepatutnya dituntut keluarga untuk pengebumian, namun keluarga menolak kerana mahu menunggu laporan penuh bedah siasat.

 

Baca : “Saya nak tengok muka orang yang bunuh anak saya…” – Ibu Masih Belum Kuat Nak Tengok Berita Tentang Adib

Siapa Bunuh Adib 758X399 1

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.