in

Sektor Ekonomi di Kawasan PKPD Patut Kekal Tutup – MB Selangor

Ft Kilangselangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penutupan sektor ekonomi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor harus dikekalkan. Itu cadangan kerajaan Selangor seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.


Menurut Malaysiakini, beliau berkata kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan bebas kepada sistem kesihatan negara masih belum tercapai.

Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.”

Amirudin

Kerajaan Selangor juga turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi dijadikan faktor pembukaan semula sektor ekonomi di negeri itu.

Seperti yang semua ketahui, sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kilang makanan dan keperluan asas dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula 3 hingga 16 Julai ini seperti  beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar dan susu tepung bayi, ubat dan topeng muka.

Kilang3

Namun, bermula 7 Julai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi kebenaran kepada lebih banyak sektor untuk beroperasi. Antaranya adalah:

  •  elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya
  • sektor aeroangkasa
  • mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan
  • syarikat pembuatan makanan dan minuman utama

Menurutnya lagi, kilang yang dibenarkan beroperasi itu perlulah ambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya melakukan ujian saringan Covid-19 kepada semua pekerja dua kali seminggu.

Baca: MITI Benar Lebih Banyak Sektor Beroperasi Semasa PKPD di Selangor Mulai Hari Ini

Sektor Dibuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.