in

“Sekolah tutup bukan pakai facilities” – Nabila Huda Luah Rasa Kesal, Anak Belajar Kelas Online Tapi Yuran Sekolah Kena Bayar Full

Online Class

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini memaklumkan yang sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula pada 20 Januari di seluruh negara telah ditangguhkan kerana jangkitan COVID 19 di negara kita yang kian meningkat naik.


Susulan itu, pelajar dan guru akan kembali kepada sesi pembelajaran secara online dan mengikuti pembelajaran tersebut di rumah sahaja.

Pun begitu, perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa seperti pelakon, Nabila Huda yang berpendapat pembelajaran online tidak begitu berkesan buat anaknya. 

 

“It’s about time kita stop bayar yuran sekolah” – Nabila 

Menerusi perkongsian Nabila di Instagram, beliau meluahkan rasa kesalnya apabila sesi pembelajaran sekolah kini dilakukan secara online namun yuran sekolah tetap juga harus dibayar secara penuh.

“To all dear parents, it’s about time kite stop bayar yuran sekolah kalau takde siapa pun nak bantu kite selesaikan masalah yang dah spend duit dari last year for our kids tapi online classes.

“Online classes still nak kena bayar full payment tak logic langsung la… Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai facilities cuma nak bayar gaji cikgu,” katanya.

 

“Tak semua anak boleh faham online classes” 

Tambahnya lagi, tidak semua pelajar boleh mengikuti atau belajar sebarang subjek menerusi kelas dalam talian.

Nabila sebagai juga ibu juga agak risau akan perkembangan anaknya, Keisha yang kini dirasakan agak ketinggalan kerana tidak dapat mengikuti beberapa pembelajaran subjek secara dalam talian. Yelah kan, tak semua budak boleh duduk berjam depan laptop kan? 

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“So now, i think i kena move forward, stop fikir pasal nak kena hantar keisha pergi sekolah or this online classes.

“I dah start risau anak semakin membesar, banyak subject yang tak belajar secara proper sebab kids tak interested pun nak mengadap laptop semua ni sebab dorang perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subject. This virtual study tak 100 percent works for my daughter,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nabila juga mempertimbangkan cadangan untuk menjalankan pembelajaran anaknya secara homeschool dan sedang dalam proses mencari guru yang sesuai untuk mengajar anaknya.

 

Dapat sokongan rakan artis tapi ada netizen tak setuju 

Perkongsian Nabila mendapat sokongan rakan-rakannya dan segelintir netizen yang menghadapi masalah yang serupa.

Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang merasakan Nabila tidak berada di tempat guru-guru tersebut dan sepatutnya bertimbang rasa dengan situasi yang sedang dihadapi.

Retis

Apa-apapun admin rasa dalam isu ini dua-dua pihak kena duduk berbincang untuk cari solusi terbaik untuk pelajar. Kesian dengan anak-anak kena hadapi masalah macam ni. 

Baca: [Video] Cabaran Kelas Online Di Kampung, Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Internet Nak Siapkan Tugasan

Cabaran

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.