in

Amar Lupa Peluk Ibu? Rupanya Inilah Petanda Dia Pergi Buat Selamanya…

Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu bapa mana tak luluh bila melihat anak yang disayangi meninggal dunia di depan mata? Menurut Berita Harian, luluh hati seorang bapa bila menyedari sekujur tubuh anaknya kelihatan terbaring di jalan raya lepas digilis van sekolah di Jalan B10/5 Taman Bukit Serdang pada 7 Ogos lalu.


Menceritakan semula apa yang berlaku, Mohd Azrai Abd Rahman memberitahu yang dia sangat terkejut lihat anaknya, Aazad Ammar, 8 berlumuran darah dan tak sedarkan diri.

Capture 20180810 115538
sumber: kosmo!

“Saya berlari ke arahnya, pangku tubuhnya dan hanya mampu memanggil namanya, Ammar… Ammar… beberapa kali, namun dia tidak bergerak dan matanya terus tertutup.

“Mulutnya pula sedikit tercungap-cungap seperti susah bernafas sehinggalah ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian,” kata Azrai. Allahuuu sedihnya! 

Menurut Azrai, kejadian ni berlaku ketika dia baru pulang dari kerja dan kebetulan ada di dalam kereta kat anjung rumahnya. Seorang pengawal keselamatan kemudian datang berlari dan menunjukkan tangan ke arah jalan raya.

Ketika dia berlari ke jalan raya, Azrai ternampak beg sekolah Ammar tercampak di tepi jalan. Pada saat tulah, dia tahu yang anaknya sudah dilanggar van berkenaan. Smiley Cry

Capture 20180810 115508
sumber: kosmo!

Ibu mangsa, Noor Adzlina Ibrahim yang terkesan akan kematian anaknya tu berkata tingkah laku Ammar yang juga anak ketiga daripada empat adik beradik memang nampak lain ketika dia menghantar budak tu ke sekolah agama kira-kira jam 7.30 pagi hari kejadian.

“Biasanya sebelum turun kereta, Ammar mesti akan peluk dan cium saya dan cakap ‘I love you, ibu’ namun pagi itu dia terus turun.

“Saya panggil dia dan tanya ‘Ammar lupa peluk ibu?’.. dia kemudian datang semula dan peluk cium saya namun pelukan kali ini lain daripada biasa, dia peluk saya agak lama.

“Apa yang lebih membuat saya lebih terasa adalah apabila dia berdiri di tepi pintu masuk sekolah dan memerhati saya sehingga saya beredar.. itu sebenarnya pandangan terakhir Ammar kerana dia tidak pernah berbuat begitu,” cerita Noor Adzlina sebak.

38770602 1952760001412252 4994638466613510144 N
sumber: facebook

Kemalangan yang menimpa Ammar membuatkan Azrai kesal dengan kelalaian dan kecuaian pemandu van yang tak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Ammar diturunkan di lokasi tak selamat dan pintu van tempat pelajar turun pula tidak berada di bahagian bahu jalan sebaliknya mengadap ke jalan besar.

“Dia dakwa tidak perasan Ammar kerana berada dalam kedudukan ‘blind spot’ (titik buta) namun saya tidak boleh terima alasan itu kerana dia sepatutnya memastikan Ammar turun dengan selamat barulah memulakan perjalanan semula,” katanya.

Aazad Ammar1 1533809326
sumber: bh

Azrai berharap kejadian seperti ni tidak menimpa ibu bapa lain dan menjadi pengajaran kepada pengusaha van dan bas sekolah lain yang dioperasi oleh bumiputera.

Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan. Al fatihah… 

Baca: Berterabur… Kasihan Bapa Tak Sempat Bawa Pulang Pampers Anak 

Pamperssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.