in

“Saya selalu sakit kepala” – Cacing ‘Duduk’ Dalam Kepala Lelaki Sejak 30 Tahun Lalu Sebab…

Pjimage 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak malam-malam rasa sakit kepala, kadang-kadang sampai membawa ke pagi? Tak pun korang ada migraine tapi tak pernah check apa puncanya. Lepas baca cerita ni, korang mungkin kena terus pergi checklah.


Penderitaan lelaki ini yang mengalami sakit kepala selama 30 tahun akhirnya berakhir selepas doktor mengeluarkan cacing parasit yang ditemui di dalam tengkoraknya.

182603 004 Cdb64D24
Gambar hiasan

Menurut Global Times, lelaki yang dikenali sebagai Zhang ini telah menderita sakit kepala dan migraine sejak tahun 1989 lagi. Sebab dah tak tahan sangat, lelaki yang berusia 59 tahun itu akhirnya pergi ke hospital Guangzhou untuk mendapat tahu punca sebenarnya.

Kepala saya sakit sejak tahun 1989. Waktu malam kepala saya akan rasa berdenyut dan berpeluh.”

Bukan tu je, Zhang juga mengalami epilepsi dan semua ubat yang diberikan oleh doktor sebelum ini tak ada satu pun yang mujarab.

Selepas doktor membuat imbasan, mereka akhirnya menemui punca sebenar sakit kepala yang dialami lelaki ini secara berdekad-dekad. Rupa-rupanya, cacing parasit berukuran sepanjang 10cm dah bersarang dekat kepalanya. OMG!

Cacing ini kemudiaannya dikeluarkan oleh doktor melalui pembedahan. Dilaporkan, lepas dikeluarkan, makhluk itu masih lagi boleh bergerak secara aktif. Lamanya dia hiduppp

69F72B4B 135B 4D83 93F6 D344Beadf8E8
Sumber: miaopai

Nak dijadikan cerita, Zhang ni tinggal di perkampungan di kawasan gunung. Dah menjadi kebiasaan orang-orang di sana untuk makan katak dan ular sebagai sebahagian dari makanan harian dia.

Menurut doktor pakar saraf, Yang Xueqing, cacing tersebut mungkin datang dari air sungai yang Zhang minum atau dari makan katak atau ular yang tak masak sepenuhnya.

Gelinyaaa, korang make sure air dengan makanan korang semua masak sepenuhnya tau!

 

Baca: [VIDEO] Ngeri! Cacing Gelang Hidup 15 CM Dalam Mata Lelaki Ini Kerana Digigit Nyamuk

Screenshot 2019 08 21 At 4.13.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.