in

“Saya percaya, dlm rezeki saya ada rezeki orang lain” – Terima RM1.1 Juta, Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran

Ft Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran 1Juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou bakal menerima ganjaran RM1 juta melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selepas berjaya menyumbangkan pingat emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kelmarin.


Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun berniat untuk ‘menghadiahkan’ sebahagian daripada jumlah insentif itu dan sudah merancang untuk membuat amal kebajikan. Menurut Berita Harian, Liek Hou berkata dia akan menghulurkan bantuan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.

Saya mahu sedekahkan sebahagian daripada ganjaran itu. Saya akan beri bantuan kepada mana-mana rumah rumah kebajikan yang memerlukan menggunakan sebahagian daripada ganjaran itu.”

Ini sesuatu yang memang saya sudah lama rancang, saya percaya dalam rezeki saya, ada juga rezeki orang lain.”

Liek Hou Pegang Bendera Malaysia

Selain ganjaran RM1 juta daripada SHAKAM itu, dia juga akan menerima insentif tambahan sebanyak RM100,000 daripada FWD Takaful. Liek Hou bukan sahaja membanggakan negara malah pemain dari Kuala Lumpur itu juga telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama negara yang menang pingat emas dalam sukan badminton di Paralimpik.

“Saya juga mahu dedikasikan kejayaan ini kepada jurulatih saya Datuk Rashid yang berkorban untuk melatih saya. Dia sanggup meninggalkan keluarga dia apabila selama tiga bulan bersama saya menjalani latihan secara kuarantin di MSN (Majlis Sukan Negara)… memang saya nampak dia betul-betul bagi jiwa dan raga dia untuk membantu saya.”

“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga terutama ibu (Jap Joe Tjin) dan isteri saya (Dewi Febriana), mereka tidak merungut apa-apa pun sepanjang ketiadaan saya untuk melakukan persiapan menghadapi Sukan Paralimpik.”

Liek Hou Dan Rashid

Liek Hou turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada MSN serta Kementerian Belia dan Sukan yang telah banyak memberikannya sokongan.

Kalau bukan kerana mereka yang membayar gaji kepada Datuk Rashid bagi melatih saya, tidak mungkin saya dapat capai prestasi seperti hari ini.”

Baca: Tewaskan Pemain No. 1 Dunia, Liek Hou Sumbang Emas Kedua Negara Di Sukan Paralimpik Tokyo!

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.