in

“Saya dengar letupan kuat dan nampak jiran keluar rumah dalam keadaan rambut serta badannya terbakar.”- Saksi

Featured 38

Saksi kejadian seorang wanita berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi menceritakan kembali saat-saat letupan yang berlaku di tingkat 20 Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, Georgetown semalam.

SAYA dengar letupan kuat dan nampak jiran keluar rumah dalam keadaan rambut serta badannya terbakar,”

Dewi berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di dalam rumah di tingkat 21 namun tersentak selepas terdengar bunyi letupan yang kuat sebelum bertindak meninjau ke luar rumah, lapor Harian Metro.

G
Sumber: harian metro

Dia yang melihat melalui tingkap rumahnya terkejut apabila melihat dinding rumah jirannya runtuh dan jirannya itu berlari dalam keadaan terbakar.

“Ketika itu, saya hanya mampu menjerit supaya ada yang membantu memadam api pada jiran kerana ramai yang lebih sibuk merakam gambarnya,”

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Lee Kok Eang, 62 tahun melecur 80 peratus di badan manakala anak dan cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat letupan yang dipercayai akibat kebocoran gas tersebut.

Maxresdefault 1

Letupan Gas Green Garden 1566112481
Sumber: harian metro

Sementara itu, anak Kok Eang, Lee Chye Soon 38 tahun berkata ketika kejadian, dia dan isteri serta anaknya sedang tidur di dalam bilik manakala bapanya berada di ruang tamu.

“Saya dengar bunyi letupan kuat dan sebaik keluar melihat bapa cedera dengan pemetik api dan rokok berada berhampirannya.

“Memang ada bau gas yang kuat dan saya kemudian terus mencabut kepala hos yang menyambung pada gas. Bapa pula segera dihantar ke hospital,”

Katanya mereka sudah menetap di rumah berkenaann sejak 15 tahun lalu, pada masa sama dia bersyukur kerana isterinya yang sedang sarat mengandung 7 bulan tidak cedera.

 

Allahu, syukur alhamdulillah semua selamat.

Baca : Ngeri! Dada Lelaki Terbakar Lepas Phone Tengah Charge Diletakkan Atas Badan Meletup Semasa Tidur

Charge