in

Ngeri! Dada Lelaki Terbakar Lepas Phone Tengah Charge Diletakkan Atas Badan Meletup Semasa Tidur

Phoneexplode Sinchew 001 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah banyak sangat cerita pasal bahaya guna telefon masa tengah charge, tapi macam amaran lain, kita selalunya ambil mudah sampailah benda tu jadi dekat batang hidung kita.


Macam insiden yang berlaku di Sarawak ni, seorang lelaki yang berniat untuk tidur sekejap pada tengahari Sabtu lepas telah dikejutkan dengan kesakitan di bahagian dadanya.

Menurut AsiaOne, lelaki yang berusia 21 tahun ini telah mengalami lecur parah apabila telefon bimbitnya tiba-tiba meletup.

Difahamkan, lelaki tersebut mempunyai habit menggunakan telefon bimbit di atas katil semasa telefonnya di cas. Namun, pada hari itu, dia tertidur dan telefon tersebut terjatuh di atas dadanya.

Nak dijadikan cerita, kerana nyenyak tidur, lelaki ini tak perasan yang telefon bimbitnya ini dah mula overheat.

Malangnya, telefon tersebut meletup dan membakar dada dan tilamnya. Lelaki ini yang terbangun kerana kesakitan terus menjerit dan menyebabkan ahli keluarganya meluru masuk ke dalam bilik dan melihat badannya melecur.

8Cefdc72211B083270Ce57Ea05A8F197

Apabila paramedik tiba di rumah lelaki tersebut, dia dah pun tak sedarkan diri. Dia dikerjarkan ke hospital berdekatan dan doktor menemui kesan lecuran pada badannya termasuk dada, leher dan tangan kanan.

Lelaki malang ini kemudian dipindahkan ke unit kebakaran untuk rawatan lanjut.

Jomlah kita ambil pengajaran dari tragedi lelaki ni. Selain jangan pakai aksesori murah untuk mengecas telefon, cubalah elakkan guna telefon yang sedang dicas dan kalau boleh letakkan telefon jauh dari tempat tidur sebelum korang masuk tidur. Ok?

 

Baca: Samsung Note 4 Meletup di Muka Kanak-kanak, Kini Hadapi Risiko Kecacatan Kekal

Screenshot 2019 06 20 At 11.58.59 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.