in

“Sapa lah yang luluskan iklan tu” – Viral Iklan Promosi Aplikasi ‘Sugar Daddy’ Di Billboard Dekat Bangsar & Sri Hartamas

Feature Image Lucah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni boleh dikatakan memang banyak aplikasi yang wujud disebabkan oleh perkembangan teknologi. Daripda aplikasi yang digunakan untuk keperluan harian sehingga lah aplikasi mencari jodoh kini sudah ada.



Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai iklan dipasang dekat papan billboard yang di katakan berunsur lucah dan ia tidak sesuai dipaparkan secara umum.

Iklan aplikasi tersebut dikatakan telah dipasang di kawasan Bangsar dan juga Sri Hartamas.

Aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi mencari pasangan di alam maya dan ia turut mengiklankan konteks yang di anggap lucah.

El Opzkuyaewtr7
Sumber: twitter

Rata-rata netizen mempertikaikan pihak yang bertanggungjawab dalam mengiklankan aplikasi ini.

Komen 1 1
Sumber: twitter

Tak dapat kelulusan!

Namun begitu, menurut @fahmi_fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, kedua-dua iklan tersebut telah diturunkan.

Tambahnya lagi, iklan tersebut tidak mendapat kelulusan dan ia masih dalam siasatan.

 

Haish, bagi admin memang tak patut pun iklan macam ni di tayangkan secara umum pula tu. 

 

Baca: “Bayaran kepada kami berdua pon sangat lumayan” – Andika Putera Perjelas Pasal Lakonan Iklan Produk Lucah

Dg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.