Tahun lepas, kecoh tentang isu tulisan jawi di Malaysia ini kan apabila tulisan ini akan diselitkan dalam silibus pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Namun, kali ini isu tulisan jawi timbul kembali tapi korang jangan salah faham sebab kali ini, Naim Daniel diberi penghargaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selepas dia menggunakan tulisan tersebut dalam sebuah klip video terbaharunya yang bertajuk Sembah. Wah, tahniah!
Menerusi Instagramnya, penyanyi yang baharu sahaja menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL 34) telah berkongsi berita gembira ini dengan peminat-peminatnya.
Pihak DBP menyambut baik usaha yang telah dilakukan oleh Naim Daniel dan syarikat penerbit, World Peace Entertainment menggunakan tulisan jawi untuk lirik lagu dalam video tersebut.
Dewan Bahasa dan Pustaka juga berharap agar akan ada lagi penyanyi yang akan memartabatkan tulisan jawi ini.
Klip video yang telah diterbitkan oleh syarikat penerbit itu kini telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali semenjak ditayangkan dua minggu lalu. Fuh, hebat gila.
Naim juga meminta semua peminat untuk terus mendengar lagunya di semua platform digital.
Rata-rata netizen dan rakan artis meninggalkan komen yang positif terhadap perkongsian penyanyi yang berusia 23 tahun ini.
Lepas ni, bolehlah kita guna tulisan jawi lagi macam Naim Daniel ni.