Salji lebat dan tebal yang melanda sebahagian daerah Munich di Jerman telah menyebabkan lebih 700 penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
Memetik laporan CNN, kira-kira 760 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Munich semalam kerana salji lebat. Selain daripada sektor penerbangan, perkhidmatan bas, trem dan beberapa perkhidmatan kereta api di Munich juga terpaksa digantung.
Meanwhile in Munich ❄️✈️
? schoko131 pic.twitter.com/RHemPHNGk3
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) December 2, 2023
Artikel berkaitan: “Penumpang tak nak stop nyanyi” – Ini 6 Sebab Pelik Yang Pernah Berlaku Sehingga Pesawat Terpaksa Mendarat!
Artikel berkaitan: “Ingatkan salji” – Ribuan Kelekatu ‘Serang’ Pekan Di Indonesia Hingga Ganggu Pengguna Jalan Raya
Ribut salji yang lebat dan tebal itu telah memaksa pihak penyedia dan pengelola pengangkutan awam mengantung perkhidmatan mereka sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Semua penerbangan dihentikan di lapangan terbang Munich bermula semalam selepas ribut musim sejuk melanda selatan Jerman dan sebahagian Austria, Switzerland dan Republik Czech.
Pihak Lapangan Terbang Munich mengumumkan penghentian trafik udara sehingga tengah hari pada hari Sabtu, namun disusuli dengan pengumuman penerbangan akan dibatalkan sehingga 6 pagi Ahad. Lapangan terbang lain di rantau ini, termasuk di ibu negara Switzerland, Zurich, turut mengumumkan penangguhan dan pembatalan berkaitan cuaca.
Ribut salji ini juga telah memaksa perlawanan bola sepak antara Bayern Munich dan Union Berlin ditangguhkan atas faktor keselamatan.