in

Rumah Unik Rekaan Anak-Beranak Arkitek Ini Akan Buat Anda Rasa Mahu Tinggal di Sana!

A3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa jadi kalau ayah dan anak sama-sama arkitek? Yes, gabung idea bina rumah!


Itulah yang dilakukan TK Quek bersama anaknya Jonathan Quek dari RT+Q, sebuah syarikat yang terkenal dengan pengusahaan perumahan berkembar di Singapura.

Projek rumah bertemakan tropika dan moden ini diilhamkan oleh Quek dan anaknya yang bekerjasama dalam penghasilan kediaman ini yang dibina khas untuk keluarga mereka.

A1 2
sumber: homeanddecor. Com. Sg

Kediaman itu mempunyai 3 blok bangunan yang mengelilingi sebuah kolam renang di bahagian tengah. Wow!

Rumah yang pada asalnya sebuah banglo satu tingkat dibina pada 1960-an itu telah dirobohkan dan dibina semula menjadi kediaman dengan tiga bangunan berbeza bersama pintu masuk di bahagian hadapan yang dihubungkan dengan dua blok selari.

A2 3
sumber: homeanddecor. Com. Sg

Di bahagian belakang pula, terdapat satu laluan yang membentuk ‘L’ antara blok segi empat yang besar dengan blok yang lebih kecil. Hasil paling menarik daripada pembinaan dan pembaharuan kediaman ini adalah kolam renang dengan jubin nilam berwarna biru di bahagian hadapan serta di tengah kediaman tersebut.

A3 2
sumber: homeanddecor. Com. Sg

Walaupun baru berusia satu tahun, rumah itu telah dinamakan sebagai Art Collector’s House kerana minat yang mendalam TK Quek dalam bidang seni. Ianya boleh dilihat melalui kediaman yang dibina ini terutama di Blok A yang dimiliki oleh Quek dan isterinya.

Kediaman itu turut mempunyai sistem takal-dan-rak automatik yang membolehkannya menukar paparan karya seni dengan mudah mengikut mood Quek pada hari tersebut. Dahsyatnya!

A4
sumber: homeanddecor. Com. Sg

Jonathan dan keluarganya pula mendiami Blok B yang terdiri daripada tiga bilik tidur dengan pemandangan indah kolam renang tersebut. Kebiasaannya, mereka sekeluarga akan menikmati hidangan di tepi kolam renang tersebut. Menurut Jonathan, seluruh ahli keluarganya menganggap kolam renang itu sebagai bahagian yang paling digemari di kediaman mereka.

Blok C pula adalah rumah tetamu di mana strukturnya lebih padat dengan dekorasi taman, rooftop serta tingkap unjur yang membolehkan tetamu menikmati pemandangan luas kolam renang itu.

A5 1
sumber: homeanddecor. Com. Sg

Secara keseluruhannya, kediaman yang dibina hasil kerjasama ayah dan anaknya ini sememangnya unik dengan suasana yang selesa. Walaupun tiga bangunan utama seperti memisahkan mereka sekeluarga namun kolam renang yang direka khas di bahagian tengah rumah itu menghubungkan dan mengeratkan hubungan antara setiap ahli keluarga itu.

Siapa lagi nak tinggal di rumah ni? 😀

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.