in

“Rileks je parents dia bagi main” – [VIDEO] Baru 6 BULAN, Bayi Ini Pegang Rekod Dunia Jadi Manusia Termuda Main Water Ski

Baby Water Ski

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak memecah rekod dunia menjadi manusia paling muda bermain water ski — pada usia 6 bulan! Menurut laporan, Rich Humphreys dibawa untuk rasai pengalaman bermain aktiviti air itu di Lake Powell dekat Utah.


 

Nampak relax and steady!

Melalui Instagram Rich yang diuruskan oleh kedua ibu bapanya, Casey Humpherys dan Mindi Tagge Humpherys, gambar-gambar serta video Rich bermain water ski itu dimuat naik.

Difahamkan, ibu bapa Rich bagi dia rasa pengalaman water ski itu sempena usia dia dah 6 bulan. Dalam video tu boleh nampak Rich berada atas papan water ski sambil bapanya berada di bahagian tepi bot. Rich juga dilihat dilengkapi vest keselamatan serta kakinya diikat pada papan tersebut sambil tangannya memegang besi pemegang,

 

Dah banyak buat aktiviti outdoor!

Pada usia 6 bulan, Rich dah rasa pengalaman bermacam jenis aktiviti outdoor antaranya adalah bermain kayak, memanjat gunung dan mengikut kedua ibu bapanya bercuti ala backpackers.

Mana tidaknya, boleh dilihat melalui posting Casey dan Mindi Tagge, kedua-dua mereka sendiri memang gemar melakukan aktiviti outdoor serta lasak. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka nak perkenalkan aktiviti sebegitu pada Rich sejak dari kecil.

View this post on Instagram

My first backpacking trip. I crushed it!

A post shared by Rich Casey Humpherys (@richcaseyhumpherys) on

View this post on Instagram

Happy 4th of July! #starsandstripes @mcboatcompany

A post shared by Rich Casey Humpherys (@richcaseyhumpherys) on

Kayak

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Zyla St Onge yang bermain water ski dekat Lake Silver di Florida pada Mei 2016 ketika usianya 6 bulan 27 hari. Kini, rekod itu dipecah oleh Rich Humpherys yang menjadi manusia termuda bermain water ski pada usia 6 bulan dan empat hari. Beza 23 hari!

Kalau nak tengok apa lagi aktiviti yang Rich dah buat atau akan buat, korang follow je akaun Instagram dia — @richcaseyhumherys.

Baca: [VIDEO] Kanak-kanak Selamba Mandi-manda Dalam Sungai Sambil Main Dengan Buaya

Collage 11

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.