in

Resit Ini Tulen Daripada Bank & Tak Diubah, Tapi Penipu Buat 13 Cara Ini Untuk Helah Penerima

Penipuanpembayaranatastalian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang boleh dikatakan semua perkara boleh dibuat dihujung jari, sampai ke tahap nak makan pun, tak payah pergi ‘tapau’. Klik je, makanan terus sampai depan rumah.


Tapi kena tahu juga, bahawa si kaki penipu pun follow up dengan trend semasa. Jadi tak hairan lah mereka ini jauh lebih licik berbanding kita dalam bab-bab penyelewengan transaksi ini.

Jangan terpedaya dengan gambar resit yang diberikan jika anda ada buat sebarang urusan pembayaran. Ya! Resit itu memang asli, tapi ia tk bermakna transaksi betul-betul berjaya sebab si penipu akan melakukan 13 cara ini untuk helah anda. Hati-hati!

 

Pakai ‘Scheduled Payment’ ..Resit tulis ‘Succesful’..Tapi duit tak masuk sebab…

 

43476107 10156724502947603 6609867240189722624 N
Sumber : facebook

TEKNIK PENIPUAN PEMBAYARAN ATAS TALIAN

1. Buat SCHEDULED PAYMENT 

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di ‘screenshot’ dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan ‘normal transfer’. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat ‘tracking’ number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

SEMAK AKAUN SELALU!

Jadi kepada peniaga atau sesiapa yang selalu buat online transfer, jangan terlalu yakin apabila pengirim memberikan gambar resit kepada anda. Semak dahulu baki akaun sebelum meneruskan urusan lain.

Baca : 20 Penipuan MLM Popular di Malaysia Anda Perlu Tahu dan Berjaga-jaga

Mlmpenipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.