Satu video berkenaan dengan layanan polis bantuan dari sebuah universiti tempatan tular telah membuatkan ramai netizen kurang senang. Ini kerana layanan yang diberikan kepada mahasiswa ini agak kasar.
Boleh cakap elok-elok untuk minta kad Matriks pelajar
Dalam video yang berdurasi 29 saat itu, dilihat 2 individu masuk kampus dan melalui polis bantuan, sesampai di polis bantuan itu, dia meletakkan tangannya ke atas kereta pemandu dan pemandu menjelaskan bahawa dia mahu menghantar seorang mahasiswa di universiti tersebut setelah ditanya.
Dengan gaya selamba dan arrogant, dia meminta mahasiswa itu untuk menunjukkan kad pelajar namun dia tertinggal, dia terus kena marah dengan polis bantuan tersebut.
Menurut pengirim yang merupakan alumni dari Universiti tersebut, selain gayanya yang agak kasar, dia turut mempertikaikan pertanyaan polis bantuan tersebut.
“Peraturan tunjukkan kad matriks sebelum jam 10 malam sendiri pun pelik, sedangkan kawasan universiti dibuka untuk orang awam keluar masuk juga.”
“Memang ada peraturan untuk tunjukkan kad matriks, tapi sebagai pengawal yang berada dalam kawasan penuntut ilmu, takkan kau tak faham yang kau perlu beradab? Tempat ilmu ajar untuk beradab, tapi pekerja sendiri tengking-tengking pelajar!”
Dalam pada itu, alumni ini juga turut berpesan kepada pelajar universiti terbabit untuk jaga diri seandainya ada yang cuba minta kad pengenalan dan lesen atau segala dokumen identiti jika diminta kerana sudah ada perkeliling daripada universiti tersebut.
Boleh tengok video penuh disini.
Cara dia tanya – Netizen
Memandangkan video ini telah meraih lebih daripada 2,500 jumlah retweets di Twitter sejak ia dimuat naik di semalam, ramai netizen tak puas hati dengan cara polis bantuan ini tanya, bagi mereka tiada hormat kepada orang lain kerana perkara yang sama harus dilakukan jika ingin kita dihormati.
Hurm, mungkin dia cuma nak tegas kot sebab ada yang cuba ambil kesempatan dan demi menjaga keselamatan, tapi kenalah bertempat dan biar kena dengan cara kan?
Baca : Polis Bantuan Teruk Dikritik Walaupun Dah Selamatkan Wanita yang Cuba Bunuh Diri