in

Ramai Marah Pilih Doraemon Untuk Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 Tapi Ini Jawapan Menteri

Featured 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tau kartun Doraemon tu asal dari mana? Malaysia? Salah! Actually siri kartun popular tu berasal dari negara matahari terbit Jepun.


Sebab tu lah kecoh sekarang ni bila pada Mac lalu Balai Seni Lukis Negara mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan pameran lukisan bertemakan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Hah! Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tapi guna Doraemon?

Unnamed
Sumber : google

Jadi sebab itu Presiden Animasi Malaysia (Animas) Ameir Hamzah Hashim bersuara mengatakan yang ada banyak watak animasi tempatan yang boleh digunakan bagi tujuan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 selain Doraemon.

Memetik Malaysia Kini, Ameir berkata adalah lebih baik kerajaan menampilkan watak animasi tempatan untuk promosi acara tersebut. Ia bukan je menampakkan kerjaan hargai karyawan tempatan, malah turut meraikan golongan itu.

Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada. Antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan masih digemari penonton.”

Fff

Amier Hamzah kata yang Animas sangat kecewa dengan rancangan Balai Seni Negara itu.

“Namun kami mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya, selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa.

“Tahun Melawat Malaysia 2020 juga menjadi medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelusuk dunia,”

Sebelum ini Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah dalam sidang media pada Mac ada menyebut yang pameran Doraemon tersebut secara tak langsung boleh promosi Malaysia ke seluruh dunia.

Alasannya sebab Doraemon mempunyai ramai peminat so secara tak langsung boleh jadi daya penarik pelancong luar ke negara ini.

“Kita akan lihat bagaimana Malaysia dan Jepun dapat bekerjasama dalam hal ini, mungkin akan adakan pameran lukisan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Peminat Doraemon bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga pelbagai usia kerana kita tahu kartun berkenaan turut mempunyai nilai positif dalam setiap ceritanya,”

E7Dd3A3F1D24Cffe3724A06C01282C7E

Tapi korang jangan cepat melatah sebab memetik Harian Metro, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) ada keluarkan kenyataan menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun itu sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena TMM 2020.

Malah menterinya, Datuk Mohammaddin Ketapi juga berkata yang kenyataan Rashidi hanya bersifat peribadi dan bukan dipersetujui MOTAC bagi tujuan promosi TMM 2020.

 

Well boleh tahan Les’Copaque Production Sdn Bhd keluarkan status panas “Benda boleh pakai animasi luar untuk promosi Malaysia, buat apa pakai animasi Malaysia sendiri” kat media sosial dorang.

Katanya sindir ‘berita’ Doraemon ni. Betul ke?

Baca : “Kalau nak sangat pergi cipta negara perempuan” ; ‘Feminist’ Dikecam Kerana Komplen Filem Upin Ipin Tak Ada Pahlawan Wanita

Www 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.