in

“Rakyat demam pun kerja” – Netizen Bidas Alasan ‘Letih & Sejuk’ Menteri Jadi Sebab ‘Ponteng’ Masuk Parlimen

ampa punya letih ja kira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ni, rata-rata netizen nampaknya tak puas hati langsung dengan jumlah kehadiran MP kerajaan dalam sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Isu ini kemudian mendapat perhatian MP-MP ni sendiri dan mereka sudah pun memberi jawapan atas sebab kenapa mereka kurang hadir ke dewan untuk bersidang. Korang mesti bengang bila dengar jawapan dorang… 


Antara sebabnya ialah ahli parlimen dikatakan terlalu letih dan sejuk. Dua perkara ini telah dinyatakan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, menurut Astro AWANI.

EKZYjYeU4AAPVD

EKZYkAcU8AAdlr8
Sumber: Twitter

 

“Ahli Parlimen yang elaunnya lebih 15 kali ganda gaji minimum boleh beri alasan letih dan sejuk untuk ‘ponteng’ kerja” 

Perkara ini telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen yang seterusnya meluahkan isi hati mereka di Twitter. Menurut netizen, ahli parlimen tak sepatutnya merungut penat atau sejuk sebab mereka dapat gaji yang tinggi dan ia sangat tak relevan. 

Kalau rakyat marhaen, boleh ke kita merungut dengan majikan menggunakan alasan yang sama? Mesti dah kena buang kerja kan? 

RAKYOT
Sumber: Twitter

 

“Rakyat pun letih la bayar gaji ahli parlimen macam ni. Berhenti la” 

Akibat tidak dapat menerima alasan yang diberikan para menteri dan MP, ada juga di kalangan netizen yang memberi cadangan supaya mereka ini berhenti saja dari jadi ahli parlimen kalau merungut tidak larat untuk bersidang.

potong
Sumber: Twitter

Jadi apa pendapat korang dengan alasan yang diberikan ahli parlimen ni? Wajar ke sejuk dan letih dijadikan alasan? 

Baca: “Tak kira ahli politik, perniagaan, sesiapa sahaja” – Menteri Tegaskan Polis Ada Hak Semak Handphone Orang Awam

check

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.