in

PLKN 3.0 Siri 2/2026 Catat Kejayaan, Capai Kapasiti Penuh 1,350 Pelatih

Ft Plkn 3.0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan proses lapor diri pelatih Program Lathan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2/2026 berjalan lancar dan teratur dengan ketiga-tiga kem dijangka mencatatkan kehadiran penuh.

Berdasarkan rekod penawaran melalui sistem ePLKN, seramai 1,350 pelatih telah mengesahkan kehadiran bagi siri kali ini yang akan ditempatkan di tiga buah kem iaitu Kem Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 505 (AW), Pekan, Pahang menempatkan 500 pelatih; Kem CLKN 515 (AW), Kuala Lumpur seramai 250 pelatih; manakala Kem CLKN Malbatt Village menempatkan 600 pelatih.


Penambahan kem baharu di Malbatt Village ini membolehkan JLKN meningkatkan kapasiti pengambilan pelatih, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai belia negara untuk menyertai PLKN 3.0 secara berperingkat pada tahun ini.

Dsc00366

Menurut Ketua Pengarah JLKN, YBhg. Mejar Jeneral Datuk Marzuki Hj Mokhtar, kapasiti penuh yang dicapai tersebut bukanlah hanya angka, tetapi mencerminkan komitmen bersama dalam membina generasi muda yang patriotik, berintegriti dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara.

Tambahnya lagi, hal ini jelas menunjukkan bahawa PLKN 3.0 terus mendapat sambutan dan kepercayaan tinggi dalam golongan muda serta ibu bapa. Ia juga mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam membentuk generasi belia yang berdaya tahan dan berdisiplin.

Walaupun Malbatt Village ini berfungsi sebagai kem sementara (interim) bagi penempatan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2/2026, JLKN memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa aspek keselesaan dan keselamatan pelatih sentiasa menjadi keutamaan, tambah Marzuki.

Dsc00568 Dsc00436

Seiring dengan itu, JLKN telah melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan fasiliti sejak peringkat awal, termasuk pemasangan Sistem Keselamatan Litar Tertutup (CCTV) di setiap blok penginapan serta kemudahan sokongan lain.

Inisiatif ini bertujuan memastikan persekitaran latihan yang selamat, teratur dan kondusif, sekali gus
menyokong keberkesanan pelaksanaan latihan sepanjang tempoh program berlangsung.

Difahamkan, fasiliti ini pada asalnya dibangunkan sebagai Rumah Keluarga Angkatan Tentera
(RKAT) kemudiannya telah diubah suai secara komprehensif bagi menyokong keperluan latihan khusus, sekali gus berfungsi sebagai pusat penempatan anggota yang menjalani Force Integration Training (FIT) sebelum diaturgerakkan ke Lubnan untuk menyertai misi pengaman di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

Artikel berkaitan : Cabar Perbezaan Demi Masa Depan! PLKN 3.0 Satukan Belia dari Pelbagai Latar Belakang

Artikel berkaitan : PLKN 3.0: Tiada Lagi Uniform Biru, Pelatih Akan Guna Celoreng Tentera Seperti Amalan Negara Lain

Kem Malbatt Village yang terletak di Batu 5, Port Dickson berkeluasan 2980 meter persegi merupakan kemudahan strategik milik Markas Angkatan Bersama (MK AB) yang telah dirasmikan pada 10 Disember 2016 oleh YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj. Zulkifeli bin Mohd Zin, mantan Panglima Angkatan Tentera yang ke-18.

Kem ini terdiri daripada tujuh buah bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik pentadbiran, dewan kuliah, dewan makan, stor senjata serta bilik penginapan yang selesa bagi pegawai dan anggota. Ketersediaan fasiliti yang serba lengkap ini dapat menyokong pelaksanaan latihan PLKN 3.0 secara menyeluruh dalam persekitaran yang kondusif dan selamat.

Bagi Siri Latihan PLKN 3.0 yang akan datang, pihak JLKN ingin mengingatkan bakal pelatih, khususnya kelahiran bagi tahun 2008, agar sentiasa cakna terhadap sebarang pengumuman di saluran rasmi jabatan ini. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://jlkn.mod.gov.my.

Sumber : JLKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.