in

Pernah Tak Terfikir, Kenapa Peti Ais Hanya Ada Lampu Pada Bahagian Sejuk Dan Bukan Bahagian Beku? Ini Jawapannya…

Gambar Hiasan 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peti ais sememangnya sangat penting dan antara barangan elektrik yang wajib ada dirumah bagi menyimpan bahan makanan untuk kekal segar.


Seperti yang diketahui, semua peti ais mempunyai lampu bagi memudahkan pencarian barang-barang terutamanya ketika waktu malam namun ia hanya melibatkan bahagian ‘sejuk’ sahaja.

Korang juga pasti perasan pada bahagian atas atau bahagian freezer tidak mempunyai lampu kan? Rupa-rupanya, ia bukan saja-saja dicipta macam tu tau!

Midnight Snack

Menerusi portal Reader Digest, profesor ekonomi di Cornell University, Robert H. Frank, berkata bahawa ia semua tertumpu kepada prinsip yang dipanggil sebagai kos-manfaat.

Manfaat lampu tersebut adalah untuk memudahkan pencarian makanan namun apabila orang ramai lebih gemar untuk membuka bahagian sejuk berbanding freezer. Jadi kos untuk menambah lampu di bahagian beku itu melebihi manfaatnya.

Bukan langsung tiada jenama yang mempunyai lampu di bahagian freezer, namun untuk meletak cahaya di bahagian beku ini sangat menelan kos. Sebagai contoh, peti sejuk berjenama dari German Sub-Zero Pro 48 mempunyai cahaya di keenam-enam bahagian berharga RM 70,689.97 Wow! boleh beli sebiji kereta!

“Prinsip kos-manfaat meramalkan pengguna dengan pendapatan yang sangat tinggi mungkin menganggap cahaya di dalam peti sejuk sepadan dengan kos tambahan,” katanya.

 

Baca : Peti ais tu 40 kg kot, biar betul?! – Cikgu Angkut Peti Ais Untuk Murid Pedalaman Sejauh 10 kilometer

1 13 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.