in

Perbicaraan Zulfarhan Hari Ini Ditangguhkan Sebab 4 Suspek Positif Covid-19

Covid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan 4 suspek positif Covid-19, perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang sepatutnya dijalankan hari ini terpaksa ditangguhkkan.


Perkara itu dimaklumkkan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyudin Mohmad Som hari ini.

Perbicaraan itu sepatutnya bersambung hari ini hingga Jumaat akan ditangguh pada tarikh baharu iaitu pada 4 dan 5 Feb serta 31 Mac depan, katanya menerusi BERNAMA.

 

Kini berada di Penjara Alor Setar, Kedah

Farhan

Hadir sama ke mahkamah hari ini ialah peguam Shahiera Khalid, G. Kartini dan G. Premman yang mewakili kesemua tertuduh.

Sepatutnya hari ini merupakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan terhadap saksi pembelaan ke-19, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan.

Pada 31 Julai 2019, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM yang kini berumur 24 tahun membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Farhan2

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

 

Baca : Punca Kematian Zulfarhan Bukan 100% Akibat Kebakaran Tapi….- Pakar Forensik

Farhan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.